perkataan inggeris "SUSTAINABLE PALM OIL" dalam bahasa melayu? | "SUSTAINABLE PALM OIL" dalam bahasa melayu kami cadangkan sebagai MINYAK KELAPA SAWIT MAMPAN. Namun, istilah ini perlu disesuaikan dengan penggunaan ayat atau keseluruhan artikel yang hendak disampaikan. | Istilah | 04.01.2018 |
apakah istilah bau yg sesuai untuk bau alkohol | Istilah yang sesuai bagi bau alkohol ialah tengik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 1) tengik - i. bau atau rasa yg tidak sedap (bau minyak kelapa yg sudah lama disimpan dll), pering; ii. ki berbau busuk. | Istilah | 27.10.2006 |
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa. | Tatabahasa | 05.04.2010 |
APA ITU PROSES? | | Proses: 1 perubahan (peristiwa dll) yg berlaku berturut-turut atau beruntun-runtun dgn sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan. 2 cara atau kaedah tertentu yg diikut utk membuat sesuatu: ~ Bessemer salah satu cara membuat keluli yg dipelopori oleh Bessemer. 3 beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yg dilakukan utk mendapatkan sesuatu: ~ pengeluaran minyak kelapa sawit memang rumit dan memerlukan modal yg banyak. memproses 1 membuat (menyediakan, menjalankan) sesuatu menerusi berbagai-bagai proses: Sebuah kilang ~ minyak telah dibina di Port Dickson. 2 membubuh ubat pd kayu supaya tahan lama (tidak dimakan ulat dll). pemprosesan perbuatan atau hal memproses. |
| Makna | 05.10.2009 |
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)? | Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan: Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan). · Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak; biskut yang sudah hapak. Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan: Garing ialah keras tetapi rapuh seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup. | Makna | 06.04.2014 |