1. Saya membeli sayur, minyak dan daging. 2. Saya membeli sayur, minyak, dan daging. (Mana satu penggunaan tanda baca yang betul? Ayat pertama atau ayat kedua? Terima kasih. | Untuk makluman, penggunaan tanda koma dalam ayat tersebut tidak ada kesalahan. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 21.06.2016 |
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Saya ingin bertanya berhubung penggunaan kata nama am dan kata nama khas serta penggunaan symbol / dan & di dalam tulisan. 1. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen? 2. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen kanan adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Kanan? 3. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen tinggi adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Tinggi? 4. Ejaan yang betul bagi pegawai kanan imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Kanan Imigresen? Terima kasih di atas respons dan maklumbala dari pihak Tuan DBP. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.04.2019 | 1. Nama khas, contohnya nama jawatan ditulis dengan huruf besar untuk huruf permulaan setiap perkataan seperti yang berikut: - Pegawai Imigresen
- Pegawai Imigresen Kanan
- Pegawai Imigresen Tinggi
2. Nama am pula ditulis dengan semua huruf kecil seperti contoh ayat di bawah: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu termasuk seorang pegawai kanan imigresen. 3. Penulisan dalam bahasa Melayu tidak menggunakan simbol & untuk menggantikan perkataan “dan” seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh dalam frasa: ikan, sayur dan minyak masak tidak dibenarkan ditulis “ikan, sayur & minyak masak”. 4. Tanda garis miring(/) digunakan untuk rujukan surat rasmi dan sebagai pengganti kata “atau” dan “per” atau dipakai semasa menulis nombor alamat seperti contoh di bawah: i. rujukan surat: DBP/173/14/4/K.3 (68) ii. pengganti “atau”, “per” dan “nombor alamat” a) Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan b) Kos cetak RM3.00/naskhah c) 22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai | Tatabahasa | 08.04.2019 |