Ayat yang manakah tepat? (a) Kenaikan harga barang membebankan golongan miskin. (b) Kenaikan harga barang membebani golongan miskin. | Ayat yang betul ialah kenaikan harga barang membebankan golongan miskin. | Tatabahasa | 02.12.2015 |
Muhni tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana dia miskin. Muhni tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana miskin. ayat mana yang lebih gramatis??? knp? | Ayat pertama lenih gramatis kerana perkataan 'dia' menjelaskan lagi siapakah yang dikatakan miskin. | Tatabahasa | 22.09.2008 |
1. Dia berasal daripada keluarga yang miskin. 2. Dia berasal dari keluarga yang miskin. Ayat di atas yang mana gramatis. Apakah perbezaan cara penggunaan dari dan daripada. Sekian terima kasih. | Ayat yang gramatis, Dia berasal daripada keluarga yang miskin. - penggunaan dari untuk menunjukkan tempat, arah dan tarikh, manakala daripa menunjukkan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. | Tatabahasa | 27.01.2011 |
Mohon semakan ayat berikut pada poster: " Kempen Menaja Keluarga Asnaf Miskin Bandar, Anak Yatim Serta Ibu Tunggal Berbuka Puasa & Barang Dapur" | Ayat yang betul ialah Kempen menaja keluarga asnaf miskin bandar, anak yatim serta ibu tunggal berbuka puasa dan bantuan barangan dapur. | Tatabahasa | 22.05.2017 |
Salam, saya ingin meminta pandangan yang manakah satu rancangan dan yang mana satukah slot dan apakah perbezaan antara rancangan dan slot? Contohnya, Majalah Tiga yang memaparkan cerita orang miskin. Adakah Majalah Tiga satu rancangan yang memaparkan slot orang miskin? Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, rancangan bermaksud program atau rencana, slot bermaksud ruang waktu yang diperuntukkan oleh media massa untuk membolehkan sesuatu maklumat (berita, dan sebagainya) disiarkan. Berdasarkan makna yang tersebut rancangan Majalah Tiga dan slot orang miskin boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.04.2013 |
nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq.... | Limau tidak melambangkan orang miskin dan perahu tidak merujuk orang kaya. Sebenarnya peribahasa "Limau masak sebelah" sahaja sudah memadai untuk membawa maksud hukuman yang tidak adil, iaitu hukuman yang dijatuhkan mengikut kedudukan atau taraf seseorang pesalah. Frasa "Perahu karam sekerat" adalah penguat kepada peribahasa "Limau masak sebelah" ini. "Perahu karam sebelah" juga boleh berdiri sendiri dan membawa maksud yang sama juga. | Makna | 10.03.2014 |
Assalamualaikum.. Saya ingin memohon surat kebenaran untuk mengadaptasi Cerpen karya Hamzah Hussin bertajuk MISKIN didalam buku PAGAR BUKAN PENJARA ISDN : 983-62-5333-5 bagi tujuan Adaptasi Cerpen ke Filem Pendek. | Tuan/Puan yang dihormati, Mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan surat permohonan rasmi kepada pihak kami ke alamat e-mel mohd_rusdi@dbp.gov.my Untuk sebarang pertanyaan lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Encik Mohd Rusdi bin Mat Rakib, pegawai di Bahagian Harta Intelek DBP di talian 03-21479522. | Lain-lain | 28.02.2020 |
sila tandakan kesalahan dalam ayat berikut, (A. Sejak) berpindah ke sana, Ali turut terlibat (B. di dalam) kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua (C. serta) membantu orang miskin. (D. tiada kesalahan). pada pendapat saya, kesalahannya adalah B, sepatutnya dalam. | Ayat yang gramatis, sejak berpindah ke sana, Ali turut terlibat dalam kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua serta membantu orang miskin. Pendapat tuan betul, kesalahan pada jawapan B. di dalam. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
Tuan, bolehkan perkataan 'bagaimanapun' digunakan dipangkal ayat? adakah lebih sesuai sekiranya kita menggunakan kata 'walau bagaimanapun'? contoh: Azman seorang yang miskin bagaimanapun dia seorang yang rajin. | Perkataan bagaimanpun dan walau bagaimanpun boleh hadir pada permulaan ayat. Walau bagaimanapun dalam ayat contoh yang diberi kata hubung 'tetapi' lebih gramatis untuk ayat tersebut. | Tatabahasa | 18.11.2011 |
Saya (Yogeswaran) sebagai wakil dari AJK PIBG di SJK(T) LADANG WELLESLEY. Berminat untuk membeli Buku Kamus Dewan Bahasa (Bahasa Malaysia) untuk murid-murid miskin.Jumlah dihendaki:540 buku unkuk tahun depan (Bulan January 2015). | Salam sejahtera. Tuan bolehlah menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP di talian 03-21479636 atau 03-21479677/9678 | Lain-lain | 23.09.2014 |