Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mis.te.ri] | ميستري

Definisi : 1. peristiwa, fenomena, dll yg tidak dapat diterangkan; 2. cerita, filem, dll yg me­nimbulkan rasa ingin tahu dan saspens oleh sebab fakta-faktanya tersembunyi; 3. orang atau benda yg menimbulkan rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui, kabur, atau membingungkan: banyaklah ~ yg tidak pernah dapat dicari jawabannya; kemisterian keadaan penuh misteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mis.te.ri] | ميستري

Definisi : sesuatu yg tidak mudah difahami atau diterangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata misteri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. apakah maksud mystery play dalam bahasa melayu? lakun misteri atau drama misteri? apakah maksud passion play? drama penyaliban atau drama takziah atau drama tabui atau lakon derita? harap dapat penjelasan.Mystery play juga dikenali sebagai miracle play yang bermaksud drama keagamaan.Istilah29.10.2009
Bagaimana cara cara menulis skrip pendek dalam bahasa Inggeris yang bertemakan misteri dan legenda dan formatnya?Saudara boleh mendapatkan buku-buku yang berkenaan atau menghubungi pusat bahasa di IPTA/IPTS.Lain-lain11.03.2010
bagaimanakah cara untuk saya jadi seorang penulis novel?

Ada pelbagai cara untuk menjadi seorang penulis novel. Antaranya saudara perlu banyak membaca novel karya orang lain terlebih dahulu mengikut tema yang menjadi minat saudara seperti kisah cinta, penyiasatan, sejarah, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens, imbas muka, imbas kembali, pembahagian bab, dan unsur lain yang menjalin struktur sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, budaya, sains, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, akademi penulisn atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak panduan untuk saudara menulis. Mungkin saudara boleh mulakan dahulu dengan menulis cerpen untuk memantapkan penulisan saudara. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis fiksyen yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah bakat  seni (kreatif) tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Semoga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti.

Lain-lain27.10.2010
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna?Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama.Tatabahasa20.11.2011
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih.Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita.  Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara.  Pada masa ini juga, banyak buku  panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam.Lain-lain05.05.2010

Kembali ke atas