| Apakah maksud "mitigasi"? Saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata mitigasi bermaksud: mitigasi ميتيڬاسي kata nama 1. tindakan mengurangkan kesan bencana, masalah dan sebagainya: Contoh penggunaan: a. Kerja-kerja mitigasi untuk kestabilan struktur di atas Bukit Relau dijangka siap pada bulan Jun ini. b. Kegagalan mitigasi banjir di kawasan itu menjadi punca tanah runtuh. 2. usaha untuk mengurangkan atau meringankan hukuman: Contoh penggunaan: Perkhidmatan mitigasi bermaksud seseorang peguam mengemukakan sebarang rayuan untuk anak guam yang diwakilinya. | Makna | 15.12.2024 |
| Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan mitigasi? | Perkataan mitigasi ialah terjemahan perkataan mitigation dalam bahasa Melayu tetapi hanya digunakan dalam bidang pertanian. Dalam bentuk kata umum, mitigation diterjemahkan kepada pengurangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.04.2014 |
| Adakah padanan mitigation sesuai dengan mitigasi? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah mitigation ialah pengurangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.09.2024 |