| Membaiki pavemen yang berlubang berukuran melebihi 25 mm dalam x 200 mm lebar dari arah mana pun di atas permukaan jalan yang berturap ditampal dengan sempurna. Repair when pothole exceeds 25 mm deep x 200 mm wide in any direction from edge of edge of pavement. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2020 |
| Garisan rekahan berukuran melebihi 2.0 mm lebar x 1000 mm panjang telah ditampal dengan bahan pengapan atau menggantikan bahan yang merekah. Rekahan buaya yang berukuran melebihi 5m2 perlu dibaiki dengan kaedah lain. Line cracks more than 2 mm wide x 1 m long to be sealed or cracked material replaced. Crocodile cracks exceeding 5 sq.m in area to be repaired by other methods. Mohon semakan | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2020 |
| mm PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. KITA DAH TUKAR JAWI KE RUMI MALAH MASIH ADA YANG ENGGAN BERBAHASA MELAYU DAN MAHU SAMARATAKAN BAHASA KEBANGSAAN INI DENGAN BAHASA ASING TERSEBUT. HAL INI SANGAT SERIUS ! TAK ADA SEPATAH PUN ISTILAH CINA, INDIA, MYANMAR, BANGLADESH DAN SEBAGAINYA DISEBUT DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. INI BUKAN IDENTITI NEGARA INI ! TAPI INI IDENTITI NEGARA LAIN ! MOHON PERIKSA KESAHIHAN SIJIL KELULUSAN DBP, KERANA ADA KES SEBELUM INI PREMIS MENGGUNAKAN SIJIL PALSU DBP. TAK LOGIK DBP LULUSKAN BILA BAHASA MELAYU DIPINGGIRKAN MALAH ADA YANG TAK ADA BAHASA MELAYU LANGSUNG PADA PAPAN TANDA IKLAN. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. IDENTITI - PERTUBUHAN PEMERKASAAN IDENTITI MALAYSIA | Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha pihak tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga dapat membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuklah keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna. Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan berserta gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut seperti nombor sijil kelulusan papan iklan. Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 16.01.2026 |
| Peparit yang menghasilkan permukaan jalan berlubang, rekahan atau mendap dengan kedalaman melebihi 25 mm berbanding dengan paras pavemen sedia ada dibaiki atau ditambah dengan bahan turapan. Top-up or reinstate backfilled trench when trench develops potholes, crack or settle 25 mm below adjacent pavement level. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2020 |
| Adakah terdapat terjemahan untuk singakatan DD/MM/YY, yang berkaitan dengan tarikh? klau nak terjemahkan juga, apakah yang paling sesuai digunakan? | Tuan, Untuk makluman, dalam bahasa Melayu tidak ada terjemahan atau singkatan untuk tarikh seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. | Lain-lain | 26.06.2019 |
| Terdapat perbezaan definisi "kayu jaras", di dalam Kamus DBP - kayu balak yg bergaris pusat kecil (kurang drpd 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala di dalam Seksyen 2 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) - “kayu jaras” ertinya mana-mana bahagian yang dipotong daripada pokok, dan yang mempunyai garis pusat kurang daripada tiga puluh sentimeter pada sebelah hujungnya yang besar, yang tidak disediakan selanjutnya untuk digunakan selain membuang kulit dan dahan yang menganjur. Terdapat perbezaan saiz diameter. Mohon semakan pihak tuan, terima kasih. | Salam sejahtera, Berdasarkan takrifan kayu jaras dalam Kamus Dewan Perdana, terbitan DBP pada tahun 2020 dan juga dalam istilah bidang Perhutanan, dinyatakan bahawa kayu jaras ialah kayu balak bergaris pusat kecil yang kurang daripada 150 mm. Disarankan saudara merujuk pakar di Jabatan Perhutanan untuk mendapatkan pengesahan, dan pada masa sama pihak kami juga akan membuat semakan. | Makna | 11.09.2025 |
| bolehkah saya menamakan majlis penyampaian hadiah dan sijil kpd mm dengan nama Majlis Apresiasi atau malis aspirasi?mana yang lebih sesuai | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud aspresiasi ialah penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya kepada seseorang atau sesuatu pihak. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud aspirasi ialah keinginan yang kuat (untuk mencapai, mengadakan, dan lain-lain ). Maka nama bagi majlis penyampaian hadian dan sijil yang lebih sesuai ialah Majlis Apresiasi | Tatabahasa | 06.10.2016 |
| Penghurufan "poin" | Saiz atau ukuran (huruf dan sebagainya) kira-kira 0.35 mm | Lain-lain | 26.11.2013 |
| Soalan saya; 1. Ejaan yang tepat untuk anti-oksidan dan anti-keradangan 2. Ukuran atau Nilai berbentuk cm, mm liter Dan sebagainya perlu ditulis rapat atau jarak; 3-5cm atau 3,-5 cm. 3. Mata-tunas atau mata tunas (istilah saints) | Ejaan yang betul ialah: antioksidan, antikeradangan Cara penulisan untuk ukuran ialah dijarakkan daripada angka di hadapan: 3-5 cm Perkataan mata tunas dieja berasingan dan tanpa tanda sempang di tengah-tengahnya. | Ejaan | 04.09.2022 |
| Betulkah penggunaan perkataan Bahasa Melayu ini dan struktur ayat ini? [ini kerana ahli mesyuarat terdiri daripada pegawai berkepakaran khusus dan juga pakar dari luar negara] "Dimaklumkan bahawa satu sesi perbincangan berkaitan Draf XXXXXXXXXXXXXX akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: dd/mm/yyyy Masa: Rujuk tentatif berlampir Tempat: Pautan dalam talian - xxxxxxxxxxx.microsoftteam.com | Penggunaan frasa ayat yang diberikan oleh tuan adalah betul kecuali: Masa: Rujuk lampiran tentatif | Tatabahasa | 07.11.2023 |