Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.bil] | موبيل

Definisi : IB 1. = automobil motokar, kereta; 2. mudah bergerak atau digerakkan (dipindah­pindahkan); ~ briged pasukan yg boleh ber­gerak dgn cepat; bermobil 1. mempunyai kereta; 2. naik kereta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.bil] | موبيل

Definisi : = automobil kenderaan beroda empat yg digerakkan oleh enjin; motokar; kereta. bermobil mempunyai kereta; menaiki kereta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mobil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DIDALAM WEB/PORTAL KERAJAAN ADA PERKATAAN "WEB MOBIL" CONTOH PORTAL MAMPU, JPM. ADAKAH PERKATAAN MOBIL MEMBAWA ERTI TELEFON BIMBIT ATAU KENDERAAN? MOHON PENGGUNAAN BAHASA MELAYU YANG BETUL MENGENAI PERKATAAN MOBIL INI.

Merujuk  Kamus Dewan Perdana, halaman 1472, perkataan “mobil” merujuk kepada kenderaan berkereta dalam bahasa Indonesia. Makna keduanya ialah sesuatu yang mudah bergerak, digerakkan atau dipindahkan. Namun begitu, sudah menjadi kelaziman perkataan yang sesuai untuk “mobil” ialah “alat telekomunikasi mudah alih”. Berdasarkan laman web Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), “Web Mobil” merujuk kepada “Laman Web Mudah Alih”, manakala “Aplikasi Mobil”  merujuk kepada “Aplikasi Mudah Alih”.

Tatabahasa13.07.2023
apakah istilah untuk "rank" @ "ranked" dalam konteks permainan mobil/digital.Cadangan padanan bagi istilah rank atau ranked dalam bahasa Melayu ialah kedudukan atau pangkat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang e-sukan.Istilah10.05.2024
Salam sejahtera, Perkataan revisi boleh atau tidak diguna pakai, dan saya inginkan kepastian tentang maksud tersebut? timbul persoalan kerana tiada dalam carian untuk istilah bahasa Malaysia. Contoh ayat yang akan saya gunakan adalah 'Revisi Mobil', adakah betul dari segi bahasa dan istilah? Mohon pencerahan pihak DBP dengan kadar segera. Terima KasihIstilah "revisi" tidak boleh digunakan. Cadangan perkataan lain ialah "penyemakan" dan "baik rapi".Penyemakan dan penterjemahan29.10.2015
Saya nak bertanya berkenaan ejaan akronim MARA. Semua huruf besar atau dieja seperti ini : Mara. Hal ini kerana merujuk buku yang saya pelajari yang melibatkan suku kata dieja huruf depannya sahaja huruf besar sekuranya ia kata nama khas. Terima kasih.

Kata nama akronim yang terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan akan membentuk kata nama khas. Oleh itu, ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya:

MaraMajlis Amanah Rakyat

ProtonPerusahaan Otomobil Nasional

Walau bagaimanapun, kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan yang kebanyakannya terdiri daripada nama khas, dieja dengan huruf besar keseluruhannya, contohnya, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri).

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 105 - 106.

Tatabahasa04.02.2025
Salam DBP. Saya keliru dengan perkataan Parkir. Perkataan ini kalau dibuat carian DBP online ada terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Maknanya perkataan ini diiktiraf sebagai perkataan Bahasa Melayu. Tapi kenapa dalam kategori Khidmat Nasihat, perkataan ini adalah perkataan Bahasa Indonesia dan tempat letak kereta adalah Bahasa Melayu. Kewujudan perkataan Parkir dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mengelirukan. Mungkin ini juga punca penggunaan perkataan Parkir banyak digunakan di Malaysia. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Takrif parkir dalam kamus DBP:

parkir tempat atau kawasan khas yang disediakan untuk meletakkan kereta, motosikal dan sebagainya untuk beberapa waktu, yang kadangkala dikenakan bayaran; tempat letak kereta (KDP 2020:1621)

parkir IB; memarkir menghentikan (me­nyimpan) kereta: sebuah teksi diparkir; mobil saya diparkir di pinggir jalanparkiran tempat menghentikan (menyim­pan) kereta. (KD-4 2005: 1142)

Perkataan parkir telah digunakan secara meluas oleh masyarakat dan banyak terdapat dalam bahan-bahan korpus bahasa Melayu. Dalam kamus bahasa Melayu terkini DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana kata parkir diberikan sinonim tempat letak keretaParkir dan tempat letak kereta telah sama banyak digunakan dalam korpus lisan mahupun tulisan.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang terbit pada tahun 2005, parkir diletakkan label IB kerana pada masa tersebut parkir merupakan kata serumpun (Indonesia/Belanda) yang masih belum banyak digunakan di negara ini dan belum diangkat sebagai bahasa Melayu baku.

Kamus boleh dijadikan panduan atau rujukan bagi memastikan sesuatu perkataan yang digunakan adalah betul.

Lain-lain18.02.2025

Kembali ke atas