Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.bi.li.ti] | موبيليتي

Definisi : perihal mudah bergerak atau digerak­kan, perihal mudah berpindah tempat tinggal (bertukar pekerjaan dsb); ~ industri kebolehan pekerja berpindah dr satu industri ke satu industri yg lain; ~ men-datar pergerakan individu atau kumpulan dlm sesuatu masyarakat ke kedudukan (jawatan dsb) yg berlainan drpd yg diduduki sebelumnya tetapi tidak berubah dr segi status, kekuasaan, kelas dsb; ~ menegak perubahan kedudukan individu atau kumpulan dlm sesuatu masya­rakat dr segi kelas, kekuasaan, status dsb; ~ pekerja (Eko) kebolehan para pekerja ber­tukar kerja atau berpindah tempat kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.bi.li.ti] | موبيليتي

Definisi : perihal mudah bergerak dr satu tempat ke tempat lain, berpindah tempat tinggal, bertukar pekerjaan dsb. ~ industri perihal mudahnya pekerja berpindah dr satu industri ke industri yg lain. ~ pekerja perihal mudahnya pekerja berpindah dr satu tempat kerja ke tempat kerja lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mobiliti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera, (a) maksud mobiliti. (b) jenis-jenis mobiliti ?huraikan setiap jenis ? (c) peranan dan kesan terhadap masyarakat ? (d) bagaimanakah mengawal mobiliti?Mobiliti ialah perihal sesuatu yang mudah bergerak atau digerakkan : perihal mudah berpindah tempat tinggal. Jenis mobiliti : bidang perusahaan, saham, projek,dll. Kesan terhadap masyarakat ialah mempertingkatkan atau memajukan taraf hidup hasil daripada projek kemajuan yang dipindahkan ke sesuatu kawasan. Antara cara mengawal mobiliti ialah membuat R & D dan pemanatauan yang berterusan. Sila rujuk Bahagian Perancanagn Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri bagi mendaparkan maklumat lanjut.Makna16.03.2007
apakah maksud mobiliti sosialTiada maklumat mengenai maksud MOBILITI SOSIAL dalam carian kata. Sila rujuk buk yang berkaitan.Makna22.10.2009
Salam dan terima kasih kerana membantu. Yang mana antara berikut adalah terjemahan yang paling sesuai untuk "people with reduced mobility" - 1) orang kurang mobiliti ; atau 2) orang kurang pergerakan; atau 3) orang kurang upaya pergerakan; atau 4) orang kurang upaya gerak; atau 5) orang kurang upaya mobiliti; atau 6) orang pergerakan terbatas; atau 7) orang mobiliti terbatas?Pada pandangan kami, orang kurang upaya pergerakan paling sesuai untuk terjemahan “people with reduced mobility”.Penyemakan dan penterjemahan23.02.2019
Tiada maklumat mengenai maksud MOBILITI SOSIAL dalam carian kata.Sila rujuk buku berkaitan.Lain-lain22.10.2009
Salam sejahtera. Saya Ayu Shahirah daripda Branding Digital Content di Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Kami telah menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk kandungan di media sosial kami iaitu Kamus Digital MARii. Setiap minggu, kami akan menterjemah terma-terma digital dan teknologi yang biasa digunapakai oleh kebanyakan orang. Namun, terdapat beberapa terma yang masih tiada terjemahan dalam data DBP. Mohon pencerahan dan jawapan bagi terma-terma di bawah: Additive Manufacturing Mobility as a Service (MaaS) Human-Machine-Interface (HMI) Blockchain Lean manufacturing Vehicle to Everything (V2X) Adaptive Cruise Control Infotainment Anti-Lock Braking System Kerjasama pihak DBP amatlah kami harapkan kerana MARii ingin terus memberikan info baru tentang dunia teknologi dan automotif kepada semua pengikut. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

additive manufacturing - pembuatan berdaya tambah

Mobility-as-a-Service (MaaS) - Mobiliti sebagai Perkhidmatan

Human-Machine Interface (HMI) - Antara muka Manusia-Mesin

Lean manufacturing - pembuatan Lean

vehicle to everything (V2X) - kenderaan hubung segalanya

adaptive cruise control - kawalan jelajah mudah suai

anti-lock braking system - sistem pembrekan antikunci


Berdasarkan data PRPM, padanan istilah tersebut seperti yang berikut:

blockchain - blok rantai

infotainment - maklumat hibur

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain08.09.2021

Kembali ke atas