| Salam dan terima kasih kerana membantu. Yang mana antara berikut adalah terjemahan yang paling sesuai untuk "people with reduced mobility" - 1) orang kurang mobiliti ; atau 2) orang kurang pergerakan; atau 3) orang kurang upaya pergerakan; atau 4) orang kurang upaya gerak; atau 5) orang kurang upaya mobiliti; atau 6) orang pergerakan terbatas; atau 7) orang mobiliti terbatas? | Pada pandangan kami, orang kurang upaya pergerakan paling sesuai untuk terjemahan “people with reduced mobility”. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2019 |
| Pihak kami memerlukan bantuan tafsiran slogan di bawah ke dalam Bahasa Melayu, untuk digunakan sebagai slogan korporat kami. "Your Mobility, Your Freedom, Our Signature" Pihak kami telah mencuba beberapa tafsiran, namun didapati perkataan yang dipilih tidak sesuai. Pihak kami juga telah merujuk Carian Kata di dalam laman web ini tapi masih gagal mencari perkataan sinonim yang sesuai. Diharap pihak tuan dapat membantu. | Untuk makluman, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Slogan biasanya mempunyai konsep dan maksud tersendiri danĀ pihak kami tidak mengetahui konsep yang ingin disampaikan oleh slogan tersebut. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.04.2014 |
| Salam sejahtera. Saya Ayu Shahirah daripda Branding Digital Content di Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Kami telah menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk kandungan di media sosial kami iaitu Kamus Digital MARii. Setiap minggu, kami akan menterjemah terma-terma digital dan teknologi yang biasa digunapakai oleh kebanyakan orang. Namun, terdapat beberapa terma yang masih tiada terjemahan dalam data DBP. Mohon pencerahan dan jawapan bagi terma-terma di bawah: Additive Manufacturing Mobility as a Service (MaaS) Human-Machine-Interface (HMI) Blockchain Lean manufacturing Vehicle to Everything (V2X) Adaptive Cruise Control Infotainment Anti-Lock Braking System Kerjasama pihak DBP amatlah kami harapkan kerana MARii ingin terus memberikan info baru tentang dunia teknologi dan automotif kepada semua pengikut. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: additive manufacturing - pembuatan berdaya tambah Mobility-as-a-Service (MaaS) - Mobiliti sebagai Perkhidmatan Human-Machine Interface (HMI) - Antara muka Manusia-Mesin Lean manufacturing - pembuatan Lean vehicle to everything (V2X) - kenderaan hubung segalanya adaptive cruise control - kawalan jelajah mudah suai anti-lock braking system - sistem pembrekan antikunci Berdasarkan data PRPM, padanan istilah tersebut seperti yang berikut: blockchain - blok rantai infotainment - maklumat hibur Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 08.09.2021 |