| Salam Padanan bagi mock cheque ialah cek cura. Bolehkah digunakan Anugerah Cura bagi replika amaun sumbangan anugerah yang bukan berbentuk cek tetapi hanya ada logo, pihak penyumbang dan amaun? Terima kasih. | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan penggunaan "sijil cura" bagi maksud di atas. | Lain-lain | 28.07.2023 |
| Assalam, Bagi replika cek bank DBP namakan sebagai cek cura. Apakah pula istilah untuk replika sumbangan yang bukan berbentuk cek bank? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah mock cheque ialah cek contoh atau cek cura. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan cura ditakrifkan sebagai olok-olok, manakala perkataan replika pula ditakrifkan sebagai model sesuatu objek seperti bangunan, jentera, catan dan lain-lain yang hampir atau betul-betul menyerupai objek yang asli. Penggunaan perkataan cura atau replika ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks tersebut. | Istilah | 11.09.2025 |
| assalam, saya lampirkan soalan . terima kasih | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah dalam lampiran adalah seperti yang berikut: 1. decentralized - terpencar/tak terpusat 2. validation - kesahihan 3. verification - pengesahan 4. modular - modular 5. mock application - permohonan contoh 6. decode - tafsir kod 7. representation - perwakilan Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.11.2024 |
| Boleh saya tahu apa perkataan yang sesuai untuk "DIE-LINE MOCKUP"? Perkataan tersebut digunakan di dalam bidang pencetakan. | Perkataan Die-Line Mockup tiada dalam pangkalan data DBP. Namun daripada contoh pembentukan istilah yang berkaitan dengan "Die Line" kami mencadangkan padanan "Contoh Garis Terap". Kami sertakan juga contoh istilah yang berkaitan untuk makluman pihak puan selanjutnya: - die cut line - garis potong terap
- die cut (graphic) - potong terap
- mock up - contoh, model kasar
| Istilah | 08.12.2018 |
| Mohon beri garis panduan penerbitan buku | GARIS PANDUAN PENERBITAN BUKU (UMUM/ILMIAH) DAN PROSES PENERBITAN - Pembinaan dan perolehan manuskrip (perbengkelan dan kertas cadangan judul)
- Penerimaan manuskrip lengkap bersama surat iringan penulis:
- bahan awalan hendaklah lengkap (judul, kandungan, prakata, senarai rajah/ilustrasi/foto), kata pengantar (sekiranya berkaitan), pendahuluan (bab dalam buku), penghargaan (sekiranya berkaitan) - bahan teks hendaklah lengkap (surat izin terbit untuk petikan, gambar, ilustrasi dll) - bahan akhiran lengkap (bibliografi, lampiran (jika ada), glosari (jika ada), biodata penulis (jika ada), dll) - manuskrip lengkap akan didaftarkan dalam sistem penerbitan DBP. - Penilaian manuskrip (penilaian dalam mesyuarat JKKB, penilalain pakar bidang, penilaian JKE)
- Penyuntingan (berdasarkan bidang/kategori/jenis teks)
- Penyediaan manuskrip bersih (sebelum dibuat reka letak, manuskrip bersih akan disemak oleh ketua Unit dan Ketua Editor)
- Penyemakan pruf dan penyediaan indeks (editor akan menyemak pruf 1, pruf akhir dan menyediakan indeks)
- Penyemakan Naskhah Sedia Kamera
- Penyediaan mock up
- Pengesahan sijil perakuan mutu bahan terbitan.
| Lain-lain | 26.12.2024 |