Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.de] | مودى

Definisi : kebiasaan yg berlaku pd sesuatu waktu (pakaian, perhiasan, dll), cara (corak, ragam) yg terpakai pd waktu tertentu, fesyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mode


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "the differential mode of association" dan "organizational mode of association"? Terima kasih.Selamat pagi,

Antara cadangan yang boleh diberikan ialah  

The differential mode of association -Perbezaan pengendalian kesatuan  

Organizational mode of association - Perbezaan pengurusan kesatuan
Makna13.03.2020
erti modeDalam Kamus Dewan Edisi Empat, mode ditakrifkan sebagai kebiasaan yang berlaku pada sesuatu waktu (pakaian, perhiasan, dll), cara (corak, ragam) yang terpakai pada waktu tertentu, fesyen.Makna18.10.2013
Apa khabar. Adakah betul untuk menterjemahkan "Social Posting Mode" sebagai Mod Kiriman Sosial? Sekian, terima kasih.Apakah yang dimaksudkan dengan social posting mode? Sila maklumkan kepada kami konsep frasa berkenaan untuk kami menyemak padanan yang diberikan sama ada sesuai atau sebaliknya ataupun dibuat pindaan.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2017
paper feed double key list mode binding margin characters netmask serial communication command centre host name on offsuapan kertas kekunci berganda mod senarai birai jilid aksara topeng internet komunikasi berdiri pusat perintah/arahan nama hos bergantung kepada konsep dan bidang bergantung kepada konsep dan bidangIstilah16.01.2012
1) Halakan flash terus kepada/pada objek. 2) masuk kepada/pada mode manual pada flash dan anikkan kekuatan flash mengikut keperluan.

Jawapannya seperti yang berikut:

1. Halakan flash terus kepada objek.

2....masuk kepada mod manual pada flash dan alihkan kekuatan flash mengikut keperluan. 

Tatabahasa17.11.2011
Selamat sejahtera, saya ingin melapor tentang penyalahgunaan bahasa namun tiada tab 'Pantau dan Tegur Bahasa' di profile ini.Sila masuk semula pautan di bawah untuk aduan bahasa.
mode=b">http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/soaljawab/nb_soalan_pelanggan_bukan_web.aspx?mode=b

Terima kasih.
Lain-lain20.02.2017
Saya ingin kepastian berkaitan tatabahasa beberapa ayat serta pertanyaan terjemahan yang akan saya kemukakan di bawah. 1. "Pada tahun 1942, pentadbiran British di Singapura telah menyerah kalah secara rasmi kepada / terhadap Jepun. Kata 'kepada' atau 'terhadap' yang lebih sesuai? 2. "Kedai itu beroperasi di bawah SOP yang ditetapkan" atau "Kedai itu beroperasi bawah SOP yang ditetapkan" Adakah SOP itu konkrit atau abstrak sebab saya keliru dengan penggunaan di kerana di digunakan menyatakan objek konkrit. SOP dikatakan konkrit? 3. Apakah terjemahan sesuai untuk "multiplayer mode" dan "single player mode". Ia merupakan istilah digunakan dalam permainan video.

1. Jawapan yang betul ialah Pada tahun 1942, pentadbiran British di Singapura telah menyerah kalah secara rasmi kepada Jepun

2.   Ya, SOP ialah konkrit. Oleh itu,  ayat yang betul ialah Kedai itu beroperasi di bawah SOP yang ditetapkan.

3. 
 Sehingga kini masih belum ada lagi istilah tersebut dalam data kami. Oleh yang sedemikian, sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaaan tuan/puan, kami mencadangkan multiplayer mode ialah mod berbilang  pemain, manakala single player mode ialah mod pemain tunggal.

Lain-lain16.10.2020
pengkhidmat atau pekhidmat lebih tepat bagi perkataan dasar khidmatYang tepat:  pekhidmat

Lawatilah https://prpm.dbp.gov.my/CarianBestari?mode=ext&keyword=pekhidmat
Ejaan30.04.2025
Cochlear (alat bantu dengar) terjemahan mana yang betul: koklea atau koklear?
Jawapan:  KOKLEAR

Boleh rujuk di sini:  prpm.dbp.gov.my/CarianBestari?mode=ext&keyword=
Istilah23.07.2025
Saya perlu menterjemah ayat ini kepada BM, namun saya tidak pasti jika ianya betul. "Use the slider below to preview different font sizes As you adjust the slider, the preview will update to show how font sizes will appear for articles with Reader Mode enabled. Find the most comfortable reading experience by moving the slider to your preferred setting." Ayat saya gunakan: Gunakan slider di bawah untuk melihat saiz teks berlainan Apabila anda mengalihkan slider, previu akan menunjukkan bagaimana saiz teks akan diperlihatkan dalam Mod Pembaca. Cari pengalaman membaca yang paling selesa dengan mengalihkan slider ke tetapan pilihan anda.

Kami mencadangkan terjemahan yang berikut sekiranya bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan:

 

Gunakan penyelak di bawah untuk melihat saiz fon yang berlainan. Apabila anda melaraskan penyelak, laporan saiz fon akan terpapar dalam mod pembaca. Dapatkan pengalaman membaca yang selesa dengan menggerakkan penyelak pada tetapan pilihan anda.

Penyemakan dan penterjemahan21.08.2024
12

Kembali ke atas