Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.di.fi.ka.si] | موديفيکاسي

Definisi : proses (perbuatan, tindakan dsb) mengubah sedikit sesuatu (keadaan, sifat dsb) supaya sesuai dgn keperluan (situasi, sifat, tujuan dsb) yg dikehendaki, pengubahsuaian: penyunting terpaksa membuat ~ dlm cerita rekaannya itu; kaedah ~ tingkah laku klasik digunakan utk merawat penghidap skizofrenia; memodifikasi membuat atau melakukan modifikasi terhadap sesuatu, mengubah suai: mereka juga boleh ~ tingkah lakunya meng-ikut keadaan; rawatan itu melibatkan mani-pulasi tubuh pesakit secara fizikal serta ~ perlakuan, makanan, ubat dan persekitaran sosial dan fizikalnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata modifikasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengapakan istilah bahasa inggeris yang di melayukan mengunakan '-si' di akhiran perkataan..dan bukannya '-kan', '-se' atau sebagainya. contoh: tranformation=trafomasi modification=modifikasi aplication=aplikasi *terdapat pelbagai contoh perkataan lain juga yang diakhiri dengan '-si' saya mengalami kekeliruan terhadap persoalan nih.. harap Tuan/Puan dapat membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini..terima kasih atas bantuan..Untuk makluman, dalam tatacara pembentukan istilah terdapat satu kaedah, iaitu penyerapan yang bermaksud mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Proses penyesuaian istilah asing mengutamakan bentuk visual, yakni bentuk ejaannya, supaya sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Akhiran asing -tion boleh dipadankan menjadi -si atau -syen. Contohnya, tradition (tradisi), variation (variasi), convention (konvensyen) dan convocation (konvokesyen). Akhiran -kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja, contohnya belikan dan padamkan. Tidak ada akhiran -se dalam bahasa Melayu.Istilah14.02.2012
Apakah maksud 'ketaksiman' sebagaimana tertera di halaman 39 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Perkataan tersebut terkandung dalam ayat yang berbunyi "Kata beliau digunakan dalam sebutan ketaksiman".Perkataan ketaksiman sepatutunya dieja ketakseman, iatu daripada perkataan taksem yang mengikut Kamus Besar bahasa Indonesia bermaksud 1. unit gramatikal terkecil dari seleksi 2. urutan,tekanan,titi nada, modifikasi fonetik. Mohan maaf atas kesilapan menaip.Tatabahasa04.03.2008
Assalamualaikum DBP. Nama saya Kapten Mohamad Nawi bin Ismail (Bersara) daripada Syarikat MNI Teguh Jaya Ventures. Saya ingin mendapatkan pengesahan iklan bagi perniagaan saya ini untuk memohon lesen perniagaan daripada Majlis Perniagaan Nilai (MPN). Iklan tersebut adalah seperti berikut: 1. Kedai Toy's Murah - Menjual mainan terpakai daripada luar negera, hard toys dan soft toys 2. AhPeng Garage - Kedai Membaiki Motorsikal, Membaiki motorsikal dan Modifikasi Ekzos Motorsikal Mohon pengesahan daripada pihak tuan untuk pengeluaran Sijil Pengesahan Bahasa daripada pihak tuan. Terima Kasih.Wassalam,

Mohon pihak tuan buat permohonan melalui kunjungan kaunter kami di DBP (Kuala Lumpur) atau melalui dalam talian http://www.dbpsahbahasa.my/

Terim kasih.
Lain-lain18.10.2017

Kembali ke atas