Selamat petang tuan. Moga-moga tuan gembira melunaskan amanah yang terpikul. Tuan, apakah sendi nama yang tepat bagi masa: "pada" atau "dalam"? Pada pendapat saya, ungkapan "pada zaman Melaka" dan "dalam zaman Melaka" berbeda atau senjang. "Pada" menunjukkan waktu tertentu, iaitu berpaku pada satu waktu sahaja, tidak melibatkan jangka waktu. "Dalam" pula menunjukkan jangka waktu, iaitu dari satu waktu ke satu waktu, dari waktu bermula sampai waktu tamat. Jadi "pada zaman Melaka" bermaksud tepat-tepat pada zaman Melaka itu sahaja, bukan zaman lain seperti zaman Abbasiyah, zaman penaklukan Jepun, zaman penjajahan British. "Dalam zaman Melaka" pula bermaksud jangka masa dari masa bangkitnya zaman Melaka hingga lenyapnya zaman ini. Jadi, dapat saya simpulkan bahawa sebenarnya kedua-dua sendi "pada" dan "dalam" boleh digunakan untuk masa, hanya maksud yang timbul senjang (berbeda). Sorotan lanjut ada dalam WordPad yang terlampir. Isi WordPad ini sebenarnya surat saya terhadap Dr. Awang Sariyan, namun saya memohon pandangan tuan juga. Harap tuan menjelaskan perkara ini. Terima kasih. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, jelas diterangkan kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan waktu dan tempat. Kami menerima ayat "pada zaman Melaka" ini betul kerana selari dengan prinsip Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 01.12.2016 |
contoh-contoh bagi perkataan sejahtera | Selamat sejahtera dan Moga-moga kita dapat hidup ddalam sejahtera | Lain-lain | 18.07.2009 |
Salam sejahtera, saya terjumpa kesilapan ini ketika mencari perkataan "inventiveness". Penerangan yang diberi sepatutnya untuk perkataan "inventor" dan bukannya "inventiveness". Syot layar kesilapan ini dilampirkan bersama soalan ini. Moga-moga, pihak DBP dapat membaiki kesilapan ini secepat mungkin. Terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kesalahan ini akan dimaklumkan kepada Bahagian Perkamusan, DBP. | Lain-lain | 04.11.2016 |
Salam sejahtera, saya terjumpa kesilapan ini ketika mencari perkataan "inventor". Penerangan yang diberi sepatutnya untuk perkataan "inventory" dan bukannya "inventor" yang bermakna pencipta. Syot layar kesilapan ini dilampirkan bersama soalan ini. Moga-moga, pihak DBP dapat membaiki kesilapan ini secepat mungkin. Terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kesalahan ini akan dimaklumkan kepada Bahagian Perkamusan, DBP. | Makna | 04.11.2016 |
Salam sejahtera, saya terjumpa kesilapan ini ketika mencari perkataan "invader". Penerangan yang diberi sepatutnya untuk perkataan "invalid" dan bukannya "invader" yang bermakna penyerang. Syot layar kesilapan ini dilampirkan bersama soalan ini. Moga-moga, pihak DBP dapat membaiki kesilapan ini secepat mungkin. Terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami mengakui telah berlaku kesilapan sewaktu proses pemindahan daripada salinan keras kepada salinan lembut. | Lain-lain | 25.10.2016 |
Moga kita akan dipertemukan lagi pada masa akan datang. Adakah ayat ini betul? | Ayat "Moga kita akan dipertemukan lagi pada masa akan datang" adalah betul. | Tatabahasa | 02.11.2016 |
Selamat sejahtera. Saya hadapi masalah dalam pemilihan jawapan. soalan: " Wah, enak _____ kek coklat yang kamu buat ini! " kata Suraya kepada Anis. A. paling C. nian B. sungguh D. sangat Setahu saya, Kata Penguat Bebas ada tiga, iaitu amat, sungguh, dan sangat. Dalam soalan ini, adakah jawapannya ialah B dan D ? Moga-moga pihak tuan dapat membantu saya. Untuk makluman pihak tuan, saya En. Yew, seorang guru yang bertugas di SJK(C) Desa Jaya, Kepong, Selangor. Terima kasih. | Kata penguat yang tepat ialah "sungguh". "Wah, enak sungguh kek coklat yang kamu buat ini!" kata Suraya kepada Anis. | Tatabahasa | 15.07.2013 |
Salam ... Saya Mohd Roslan Abdul Ghani ... email saya : roslan.arrakiti68@gmail.com saya dapati Bahasa Melayu masih kekurangan kata-kata terbitan seperti berpanduan tidak ada sedangkan berturutan ada, juga beruntunan tidak ada tetapi berderetan ada. begitulah selainnya. Adakah saya silap maka tolong betulkan. Tetapi pada pendapat saya kita kena perbanyakkan lagi kata-kata terbitan moga-moga bahasa melayu lebih dimartabatkan, insya Allah. terima kasih | Terima kasih atas makluman saudara. Pihak DBP mengambil maklum dan akan mengemukakan cadangan ini kepada Bahagian yang berkaitan. | Istilah | 20.04.2009 |
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. Nama saya Abdul Aiman pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan ingin mengajukan satu soalan.Adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berminat dan mengalukan sekiranya kami ingin mengetengahkan hasil penulisan karya pelajar ke dalam majalah-majalah pihak DBP.Inisiatif ini bagi menggalakkan penulisan karya dalam kalangan pelajar disamping untuk mengasah bakat dan menggalakkan para pelajar dalam menghasilkan karya-karya.Usaha ini sesuai dengan matlamat DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu disamping melahirkan pelajar berintelek dalam berkarya seterusnya melahirkan serta mengcungkil bakat pelajar yang terpendam.Moga-moga usaha ini dapat dititikberatkan oleh pihak DBP.Moga Allah memberi keberkatan dan kerahmatan diatas keputusan pihak tuan dalam memutuskan apa jua keputusan.Moga keputusan tersebut memberi faedah bersama. | Assalamualaikum/ Selamat sejahtera, Tuan/ Puan yang dihormati, Waalaikumussalam Encik Abdul Aiman. Terima kasih kerana berminat untuk menghantar karya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami dari Bahagian Majalah sangat mengalu-alukan kiriman karya daripada penulis. Untuk makluman tuan, bagi penulis dalam kalangan remaja atau pelajar dari Institut Pendidikan Guru atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta, majalah yang sesuai untuk penghantaran karya ialah majalah Dewan Siswa (DS) danTunas Cipta (TC). Tuan dan rakan bolehlah menghantar karya kreatif (cerpen atau puisi) dan karya bukan kreatif (rencana, berita dan lain-lain) kepada editor majalah yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, tuan bolehlah merujuk ruangan yang disediakan dalam majalah yang berkaitan untuk mendapatkan lebih kefahaman tentang karya diperlukan. Tuan dan rakan bolehlah e-melkan karya yang berkaitan kepada editor DS melalui e-mel, yusaida@dbp.gov.my dan penolong editor DS, suhaila@dbp.gov.my atau editor TC melalui e-mel, noorisa@dbp.gov.my dan penolong editor TC, syafiqahkhalid@dbp.gov.my. Selamat berkarya. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 25.11.2019 |
Dr Awang sepatutnya dah lama terajui DBP. Dan nasihat saya, pisahkan kerjaya dengan politik baru semuanya romantik. | Moga DBP terus maju di bawah pimpinan beliau | Lain-lain | 09.02.2012 |