Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.ga.mo.ga] | موݢ٢

Definisi : , semoga mudah-mu­dahan, kiranya, hendaknya, agar: ia berdoa ~ dipelihara Allah akan anaknya itu bersama-sama dgn ibunya; semoga tuan berbahagia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.ga.mo.ga] | موݢ٢

Definisi : semoga mudah-mudahan; kiranya; hendaknya: ~ Allah memberkati kamu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
moga-moga (kata tugas)
Bersinonim dengan mudah-mudahan, harap-harap, minta-minta, hendaknya, kiranya, agar, supaya, hubaya-hubaya.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
contoh-contoh bagi perkataan sejahteraSelamat sejahtera dan Moga-moga kita dapat hidup ddalam sejahteraLain-lain18.07.2009
Selamat sejahtera. Saya hadapi masalah dalam pemilihan jawapan. soalan: " Wah, enak _____ kek coklat yang kamu buat ini! " kata Suraya kepada Anis. A. paling C. nian B. sungguh D. sangat Setahu saya, Kata Penguat Bebas ada tiga, iaitu amat, sungguh, dan sangat. Dalam soalan ini, adakah jawapannya ialah B dan D ? Moga-moga pihak tuan dapat membantu saya. Untuk makluman pihak tuan, saya En. Yew, seorang guru yang bertugas di SJK(C) Desa Jaya, Kepong, Selangor. Terima kasih.Kata penguat yang tepat ialah "sungguh".   

"Wah, enak sungguh kek coklat yang kamu buat ini!" kata Suraya kepada Anis.
Tatabahasa15.07.2013
Salam ... Saya Mohd Roslan Abdul Ghani ... email saya : roslan.arrakiti68@gmail.com saya dapati Bahasa Melayu masih kekurangan kata-kata terbitan seperti berpanduan tidak ada sedangkan berturutan ada, juga beruntunan tidak ada tetapi berderetan ada. begitulah selainnya. Adakah saya silap maka tolong betulkan. Tetapi pada pendapat saya kita kena perbanyakkan lagi kata-kata terbitan moga-moga bahasa melayu lebih dimartabatkan, insya Allah. terima kasihTerima kasih atas makluman saudara. Pihak DBP mengambil maklum dan akan mengemukakan cadangan ini kepada Bahagian yang berkaitan.Istilah20.04.2009
Adakah panduan umum dalam transliterasi perkataan Arab berkenaan huruf hamzah, kaf dan qaf. Dan adakah ruang untuk memasukkan penggunaan yang lebih merujuk kepada ejaan Arab di dalam ejaan yang telah dgunapakai di dalam Kamus Dewan, sebagai rujukan silang cthnya, perkataan "takwa" dan diwujudkan rujukan silang dengan perkataan "taqwa." Moga Allah membalas jasa baik pihak tuan. wassalamPedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dirumus khusus bagi penerbitan buku-buku agama khususnya yang berkaitan dengan istilah Agama Islam. Dalam proses transliterasi perkataan Arab ke Rumi, huruf hamzah kepada tanda ', kaf kepada k dan qof kepada q. Dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab ke dalam ejaan Jawi dan diselaraskan ejaannya dalam Rumi seperti wuduk, wuquf dan reda. Manakala kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu seperti sabun, darurat dan sahabat. Wallahualam.Lain-lain14.01.2013
Assalamualaikum warahmatullah, Pertanyaaan berkenaan penggunaan "lain-lain hal" berdasarkan kaedah Hukum D-M, maka penggunaan yang betul ialah "hal-hal lain". Berdasarkan pengamatan saya hukum D-M dibuat berdasarkan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh orang Melayu, kaedah datang kemudian. Di sini, penggunaan bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab secara khususnya dalam kaedah ini, jika dilihat pada kaedah "mausuf sifat" di dalam bahasa Arab. Dalam perkara ini, orang Melayu juga menggunakkan penggunaan yang meluas dengan menghubungkan M dengan D, seperti contoh di atas, "lain-lain hal" dan perkara ini adalah biasa dan mengikut nahu yang betul di dalam bahasa Arab iaitu berdasarkan kaedah "idafat ul-sifat ila al-mausuf." Jadi apakah asas penentu dalam membuat dasar atau hukum seperti Hukum D-M ini? Dan adakah tiada ruang untuk mewujudkan "Hukum Penghubung M-D" agar ianya lebih mengkayakan lagi kaedah dan tidak wujud penyalahan tatabahasa dalam penggunaan bahasa Melayu yang telah meluas dan telah lama digunakan (mungkin boleh dibuat kajian dalam rujukan Melayu lama), hanya berdasarkan kaedah yang masih boleh diperluaskan. Moga Allah memberikan kebaikan kepada pihak tuan. wassalamHukum DM ialah rumus dalam tatabahasa yang telah ditetapkan oleh ahli bahasa. Dalam Tatabahasa Melayu, yang diterangkan disebut atau ditulis dahulu sebelum yang menerangkan, contoh rumah baharu, kereta besar dan lain-lain. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 376 - 377. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.Tatabahasa11.01.2013
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih.Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita.  Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara.  Pada masa ini juga, banyak buku  panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam.Lain-lain05.05.2010

Kembali ke atas