Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.lé.kul] | موليکول

Definisi : (molékul) unit paling kecil sesuatu sebatian yg terdiri drpd dua atau lebih atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.lé.kul] | موليکول

Definisi : ist unit paling kecil sesuatu sebatian, yg terdiri drpd dua atau lebih atom. ~ raksasa molekul yg besar dan kompleks yg terbentuk drpd persatuan beberapa molekul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata molekul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta npenjelasan tentang maksud kohesi dan koherenKohesi bermaksud 1. Kekuatan tarik-menarik di antara molekul dlm sesuatu benda yg menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan; dan 2. perhubungan yang erat, atau perpaduan. Manakala koheren bermaksud 1. berhubungan, bersangkut paut; dan 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami.Makna26.12.2009
Tuan, Apakah terjemahan yang paling tepat bagi ayat di bawah bagi 'body". Teks sumber: Biomarkers include proteins, DNA, RNA, and other molecules which can be found in blood, other body fluids, or tissues. Teks terjemahan: Biopenanda termasuk protein, DNA, RNA, dan molekul-molekul lain yang boleh didapati di dalam darah, cecair tubuh badan yang lain, atau tisu.Terjemahan yang tepat bagi perkataan "body" dalam ayat tersebut ialah tubuh. Contohnya, "body fluid" ialah cecair tubuh.Penyemakan dan penterjemahan04.10.2019
Apakah terjemahan bagi 'polyunsaturated'? Tk.Terjemahannya ialah politaktepu. Sesuatu yang mengandung lebih dari dua atau tiga ikatan dalam molekul seperti sayur-sayuran tertentu atau lemak binatang.Istilah20.03.2009
Apakah perbezaan antara 'kekisi dan tetupai? Tolong berikan contoh ayat.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kekisi" bermaksud 1. jeruji, terli, kisi-kisi 2. (kim) susunan atom, ion atau molekul dalam tiga dimensi yang tetap, seperti yang terdapat dalam hablur. Sementara "tetupai" pula bermaksud "tupai-tupai" iaitu kepingan kayu, logam dan lain-lain  untuk menyokong, menyambung atau mengukuhkan sambungan, biasanya digunakan dalam pembinaan rumah dll.Makna05.08.2014
kofigurasi?Perkataan ini tiada dalam rujukan kami. Mungkin saudara/ saudari salah mengejanya. Perkataan yang hampir dengannya ialah 'konfigurasi' yang merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermakna  susunan atom sesuatu molekul di dlm ruang; ~ elektron susunan elektron di dlm atom. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain13.10.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera.saya ingin mendapatkan kepastian bagi istilah 'adaptor protein'. ringkas mengenai 'adaptor protein'. ia merupakan pelengkap kepada gabungan protein dalam transduksi pengsiyaratan sel. tanpa protein tersebut, pengisyaratan hiliran tidak dapat dilaksanakan. dalam pangkalan data DBP, istilah adaptor protein masih belum dimasukkan. bolehkah saya lakukan 'diirect translation' bagi istilah tersebut yakni protein penyesuai. memandangkan, protein diterjemah sebagai protein manakala adaptor adalah sebagai penyesuai. terima kasih atas nasihat yang diberikan.Mengikut data DBP dalam bidang sains, memang ada istilah adaptor yang diberikan padanan penyesuai.  Contohnya molecule adaptor = penyesuai molekul (biologi), adaptor = penyesuai (kimia). Maka dari segi pembentukan, protein adaptor boleh diberikan padanan penyesuai protein.Istilah22.08.2017
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks
  • bangunan

    sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;
  • wisma

    • 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.

    menara

    • bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang

    kompleks

    • (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
    Makna30.09.2009

    Kembali ke atas