Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monitoring


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami ingin mendapatkan terjemahan dan definisi bagi perkataan "facilitation & monitoring". Untuk makluman pihak tuan, "facilitation & monitoring" merupakan salah satu aktiviti/fungsi organisasi kami yang merangkumi: -Assist companies in the implementation & operation of their projects. -Facilitate exchange & coordination among institutions engage in or connected with industrial development. -Advisory Services Sekian, terima kasih.Cadangan untuk terjemahan  'facilitation' dalam bahasa Melayu ialah 'pemudahan' dan 'monitoring' ialah 'pengawasan'.  Namun untuk perkataan 'monitoring', padanan 'pemantauan' juga boleh digunakan mengikut maksud yang hendak disampaikan. Tuan boleh menggunakan sama ada "Pemudahan dan Pengawasan" atau "Pemudahan dan Pemantauan".Istilah23.04.2018
1) Building Automation System 2) Power Energy Monitoring 3) Chiller Management System 4) Scada / PLC System 5) Service / Maintenance Apakah istilah dalam bahasa melayu? diharapkan tuan/puan yang dihotmati dapat membantu





Berikut merupakan padanan perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan yang dinyatakan:

1. Building Automation System: Sistem Automasi Bangunan



2. Power Energy Monitoring: Pengawasan Tenaga Kuasa



3. Chiller Management System: Sistem Pengurusan Pendingin



4. SCADA/PLC System: Sistem SCADA/PLC



5. Service/maintenance: Khidmat/penyelenggaraan







Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks penggunaan ayat.

Makna20.10.2020
boelhkah saya menggantikan semua perkataan Inggeris 'self' kepada 'swa'. misalnya 'self monitoring glucose meter' kepada 'meter glukosa swapantau'Untuk makluman awalan asing "swa" memang telah diterima dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, meter glukosa swapantau adalah betul dan boleh digunakan.Istilah14.03.2013
Mohon bantuan terjemahan kepada Bahasa Malaysia. Terima kasih. Objectives and Scope of Audit The objectives of the independent auditing are: • To ensure continuous compliance of SFMLA/LTL holders with the terms and conditions of Sustainable Forest Management Licence Agreement (SFMLA) or Long Term Licence Agreement as well as legal compliance with Malaysian laws and in confirmation with the EU-FLEGT of TLAS requirement; • To improve the performance of the SFMLA/LTL holders with systematic monitoring on the ground; • To upgrade the skills and capacity of the Sabah Forestry Department’s Officers in carrying out auditing works; • To instill transparency and professionalism of forest managers. • To evaluate the corrective action taken by the SFMLA/LTL holders to address non-conformance issues raised in the previous audit. The scope of the audit covers all aspects of forest operations in the SFMLA/LTL areas including observation of licence conditions, Forest Management Plan, Annual Work Plan, and scrutinizing of respective laws and regulations as stated in the TLAS requirements.DBP menyediakan perkhidmatan menyemak hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Tuan boleh menterjemahkan dahulu dokumen daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan menghantarkannya kepada kami untuk semakan terjemahan.Penyemakan dan penterjemahan01.07.2014
Saya menhadapi kesukaran untuk menterjemah ayat ini, "Kami menilainya dari segi "health, safety, security, Environment". "Safety" dan "Security" sentiasanya dipadankan dengan "keselamatan". "Kawalan Keselamatan" boleh bermaksud "safety control" dan "security". Penyelesaian saya ialah "pengawasan", kerana "awas" boleh diasiosiasi dengan "berjaga-jaga untuk menghadapi ancaman penjenayah". Tetapi malangnya dalam kamus ia tidak bermaksud demikian. Saya sebenarnya serba salah dalam menjalani tugas sebagai penterjemah kerana banyak perkataan asing masih belum ada padanannya dalam bahasa Melayu. Dengan itu, saya rasa saya perlu melaporkan sebarang "penciptaan perkataan baru" kepada DBP untuk disemak supaya diriku tidak dituduh "mencipta perkataan tanpa hak". Saya sanggup menerima teguran jika padanan perkataan saya ini tidak tepat.Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk safety dan security ialah "keselamatan." Istilah security boleh juga diterjemahkan kepada sekuriti. "Pengawasan" ialah istilah bahasa Melayu untuk monitoring. Walau bagaimanapun, sekiranya belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus, tuan boleh mencadangkan istilah yang sesuai. Tuan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapat cadangan padanan istilah yang sesuai atau istilah tersebut boleh dibawa kepada Jawatankuasa Istilah Semasa untuk dibincangkan.Istilah01.09.2012

Kembali ke atas