Assalamualaikum 1. Saya nak tanya berkenaan ayat monolog, adakah menggunakan petik kata tunggal, ' ' atau pengikat kata " ". Contoh ayat, 'ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini' atau "ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini". 2. Saya nak tanya dalam dialog atau monolog, penggunaan kata hmm, argh, haha, dan ayat yang menunjukkan eksperesi atau emosi dipanggil apa ya? 3. Kalau baca dalam sesetengah buku cerpen atau antologi, ada tanda ***** di akhir penceritaan. Apa nama tanda tersebut? | 1. Monolog terbahagi kepada dua: i. Monolog dalaman iaitu percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Untuk monolog dalaman, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik tunggal (‘ ’). ii. Monolog luaran iaitu percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan diri sendiri dengan mengeluarkan suara, sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja. Untuk monolog luaran, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik (“ ”). Contoh ayat yang diberikan tidak menyalahi penggunaan tanda petik (‘ ’) atau tanda petik (“ ”) kerana ayat tersebut boleh diucapkan secara monolog dalaman atau luaran. a. 'Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini.' b. "Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini." 2. Dalam “dialog” atau “monolog”, penggunaan perkataan seperti hmm, argh, haha dan seumpamanya dipanggil sebagai “ekspresi”, untuk menggambarkan emosi watak sama ada suka, duka, marah dan lain-lain lagi. 3. Tidak ada nama khusus bagi tanda tersebut. Dalam penulisan karya kreatif, tanda sedemikian biasanya digunakan untuk menunjukkan “peralihan daripada satu kisah atau babak kepada kisah atau babak yang lain”. Walau bagaimanapun, setiap kisah atau babak tersebut mempunyai pertautan. | Lain-lain | 18.11.2021 |
1.Bagi monolog, tanda petik manakah yang tepat digunakan? Tanda petik seperti dialog ataupun tanda petik tunggal? 2. Bagi kiasan (double meaning), adakah perlu menggunakan tanda petik tunggal. Terangkan secara terperinci penggunaan tanda petik tunggal. 3. Bagi species haiwan, tumbuhan, dan sebagainya, perlukah kita menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan. Contoh: Memerang Licin. | Bagi monolog dan kiasan tanda petik tunggal (' ') digunakan. Haiwan dan tumbuhan ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil seperti harimau, memerang licin dan pokok renek. | Ejaan | 17.08.2011 |
Assalamualaikum 1. Saya nak tanya berkenaan ayat monolog, adakah menggunakan petik kata tunggal, ' ' atau pengikat kata " ". Contoh ayat, 'ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini' atau "ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini". 2. Saya nak tanya dalam dialog atau monolog, penggunaan kata hmm, argh, haha, dan ayat yang menunjukkan eksperesi atau emosi dipanggil apa ya? 3. Kalau baca dalam sesetengah buku cerpen atau antologi, ada tanda ***** di akhir penceritaan. Apa nama tanda tersebut? | 1. Tidak ada format yang standard berkenaan penggunaan tanda petik dalam monolog dan monolog dalaman kerana penggunaan tersebut lebih kepada gaya penulisan. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan “tanda petik” (“/”) bagi monolog dan ‘tanda petik tunggal’ (‘/’) bagi monolog dalaman. 2. Dalam “dialog” atau “monolog”, penggunaan perkataan seperti hmm, argh, haha dan seumpamanya dipanggil sebagai “ekspresi” untuk menggambarkan emosi watak sama ada suka, duka, marah dan lain-lain lagi. 1"> 3. Tidak ada nama khusus bagi tanda tersebut. Dalam penulisan karya kreatif, tanda sedemikian biasanya digunakan untuk menunjukkan “peralihan daripada satu kisah atau babak kepada kisah atau babak yang lain”. Walau bagaimanapun, setiap kisah atau babak tersebut mempunyai pertautan. | Karya | 24.12.2021 |
Saya ada beberapa persoalan: 1.apakah ejaan sebenar bagi aplikasi ; WhatsApp? adakah dieja dengan cara nama khas? 2. bagi monolog diri, adakah tanda baca perlu diletakkan seperti dialog? 3. Adakah penggunaan loghat daerah perlu italic dalam teks seperti; hang, cek, oghe dan lain-lain lagi. | 1. Ejaan yang betul ialah “WhatsApp” kerana perkataan tersebut merupakan kata nama khas.1"> 2. Tidak ada format yang standard berkenaan penggunaan tanda petik dalam “monolog” dan “monolog dalaman” kerana penggunaan tersebut lebih kepada gaya penulisan. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan “tanda petik” (“/”) bagi monolog dan ‘tanda petik tunggal’ (‘/’) bagi monolog dalaman.1"> 3. Penggunaan “loghat” dalam penulisan perlu ditulis dengan bentuk huruf condong kerana “loghat” bukan bahasa standard. | Lain-lain | 05.03.2022 |
1.Nyatakan perbezaan antara interpersonal dengan intrapersonal 2.Penggunaan ialah dengan adalah | Interpersonal membawa maksud komunikasi dua arah. Intrapersonal lebih membawa maksud komunikasi satu arah, (monolog dalaman diri seseorang). Penggunaan ialah selalunya diikuti dengan penggunaan kata nama, manakala adalah selalunya diikuti dengan kata sendi dan kata hubung. Terima kasih kerana berurusan dengan pihak kami. | Makna | 11.10.2006 |
selamat sejahtera Saya hendak tahu makna monodrama dengan terperinci dan sekiranya ada maklumat mengenai teknik dan cara mencipta skrip monodrama, mohon dikemukan sekali. terima kasih. | Saudara yang bertanya, 1. Monodrama merujuk kepada drama monolog yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja dan melakonkan lebih dari satu watak. monodrama ialah sebuah 'sole performance' dengan hanya berdiri pada kekuatan seorang pelakon sahaja menguasai pentas dan audience. Sebagai sebuah drama, persembahan monodrama juga diiringi dengan muzik latar, set, kostum dan tatarias bagi melengkapkan keperluan pelakon tersebut beraksi di pentas. 2. Skrip monodrama pula merupakan sbuah skrip yang lengkap sebagai sebuah cerita, juga mempunyai permulaan, klimak dan peleraian. | Sastera | 30.03.2012 |
perbezaan penggunaan tata bahasa antara 1. pelaksanaan atau perlaksanaan? 2. kemenjadian dan keberhasilan atau keterhasilan serta penggunaan gramatis dalam ayat, terima kasih. | 1. Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini. 2. Perkataan kemenjadian belum ada dalam mana-mana buku terbitan kami. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. Keberhasilan pula ialah perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): Contoh ayat; Suatu keistimewaan lain ialah keberhasilan pengarang menggunakan monolog; Keberhasilan penggunaan istilah banyak bergantung pada masyarakat penggunanya; | Tatabahasa | 26.09.2013 |