Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mop] | موڤ

Definisi : alat pengelap lantai dll (dibuat drpd bahan serap air yg berambu yg diikatkan pd peme­gang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mop


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1"Ali mop lantai." 2"Ali mengemop lantai." soalan:ayat 1atau ayat 2 atau kedua-dua ayat ini betul? sekian terima kasih.Ali mengemop lantai atau Ali mengelap lantai.Tatabahasa25.11.2014
Assalamualikum, Perkataan 'mop' ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tetapi tiada turunan katanya. Dalam salah satu soalan untuk UPSR, perkataan 'mengemop' digunakan dalam ayat: Ali mengemop lantai itu. Bolehkah perkataan 'mengemop' digunakan secara bertulis sedangkang perkataan itu tiada dalam Kamus Dewan?Perkataan yang mempunyai satu suku kata mendapat imbuhan meN... menjadi menge... . Contoh : mengecat; mengepos; mengelap. Oleh itu, berdasarkan rumus yang sama mop boleh menjadi mengemop.Tatabahasa05.04.2011
1 Anisa mengemop dengan mop. Adakah ayat ini betul?

Ayat yang betul ialah ‘Anisa mengemop lantai’.

Tatabahasa23.08.2014
Bagaimana membentuk awalan kata kerja untuk kata dasar mop mengemop atau memop lantai?mengemopTatabahasa31.10.2017
adakah perkataan "mengemop" wujud?Perkataan mengemop boleh digunakan, iaitu daripada kata 'mop' mendapat awalan meN-... menjadi mengemop.Tatabahasa24.07.2013
Adakah penggunaan kata kerja tunggal berikut diterima betul? 1. Ali "sapu" kaya pada roti. 2. Ali "mop" lantai. 3. Ali "lap" cermin. 4. Ali "tarik" pam tandas. *Terima kasih*
Penggunaan yang betul ialah:
1. Ali menyapu kaya pada roti.
2. Ali mengemop lantai.
3. Ali menarik pam tandas.
Tatabahasa04.05.2014
Boleh guna ke tidak perkataan "mengemop" dalam Bahasa Melayu?Perkataan mengemop boleh digunakan, iaitu daripada kata 'mop' mendapat awalan meN-... menjadi mengemop.Tatabahasa10.04.2011
1. perkataan mengemop atau mengelap lantai ? 2. pembersih bulu ayam atau penyapu bulu ayam ? 3. mencangkul tanah untuk dibuat batas atau mencangkul untuk membuat batas ?1. Kedua-dua perkataan, iaitu mengemop dan mengelap adalah betul dan boleh digunakan. Mengemop dan mengelap  adalah perkataan "mop" dan "lap" yang mendapat awalan meN-... .
2. Perkataan yang tepat ialah pembersih bulu ayam kerana alat tersebut berfungsi untuk membersihkan habuk dan tidak berfungsi seperti penyapu.
3. Ayat yang betul ialah mencangkul tanah untuk membuat batas.
Tatabahasa06.02.2014
1. adakah perkataan "mengemop"diterima? 2. Ibu bapa harus mengambil berat: ----- pelajaran anak- anak mereka. a. akan b. tentang

Saudara,

Perkataan yang mempunyai satu suku kata mendapat imbuhan meN... menjadi menge... . Contoh : mengecat; mengepos; mengelap. Oleh itu, berdasarkan rumus yang sama mop menjadi mengemop.   Bagi ayat kedua pula kata sendi nama yang sesuai ialah tentang. 

Tatabahasa21.07.2010
Salam sejahtera. Adakah perkataan "mengemop" betul dan diterima pakai?? Ini adalah kerana perkataan ini tiada dalam daftar kata kamus dewan.

Perkataan ‘mengemop’ betul kerana awalan meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu (mop).

Tatabahasa19.01.2015

Kembali ke atas