Apakah Pekataan dalam bahasa melayu yang sama dengan "Moral Reasoning". Adakah ia sama dengan "penalaran moral" | Perkataan bahasa Melayu yang sama makna dengan Moral Reasoning ialah pemikiran atau hujah moral. T.ksaih. | Lain-lain | 04.09.2008 |
Ayat yang manakah betul? a) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita melakukan perbuatan yang terkutuk. b) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. Terima kasih | Ayat yang gramatis, Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. | Tatabahasa | 16.03.2012 |
Ayat yang manakah betul? A) ibu bapa haruslah memberikan penekanan tentang pendidikan agama dan moral. B) ibu bapa haruslah memberikan penekanan terhadap pendidikan agama dan moral. | A) ibu bapa haruslah memberikan penekanan tentang pendidikan agama dan moral. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
salam sejahtera. Bolehkah saya dapat beli buku teks dan buku panduan guru pendidikan moral tingkatan 4 sekarang? urgent. Sila beritahu masa buka pejabat. Terima kasih | Salam Sejahtera, Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4 boleh didapati di kedai Buku Koperasi DBP. Buku Panduan guru tidak dijual kerana buku ini dibekalkan di sekolah sahaja.Untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP di talian 032143 3504/3505 | Lain-lain | 01.03.2010 |
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH... | Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan. | Makna | 09.02.2008 |
Kekurangan buku panduan guru terbitan DBP untuk matapelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 1- 5 dan matapelajaran pendidikan moral Tingkatan 1,2,4 dan 5. Sekian . Terima kasih | Salam Sejahtera. Berkenaan soalan saudara.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menerbitkan buku Panduan Guru Tingkatan 1-5 kerana buku tersebut diterbitkan oleh penerbit luar.Bagi buku Panduan Guru matapelajaran Moral Tingkatan 1,2,4 dan 5 buku ini merupakan terbitan DBP, setiap sekolah dibekalkan sebanyak lima naskhah BPG pada bekalan pertama buku baharu. Jika berlaku kekurangan mungkin disebabkan perkara berikut: Buku tersebut tidak dipulangkan oleh guru terdahulu kepada pihak sekolah atau sememangnya tidak dibekalkan oleh pengedar, walaupun arahan telah dibuat. Perkara ini boleh dirujuk kepada Bhg. PKS atau Bhg Kewangan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekian | Lain-lain | 09.04.2008 |
Cerita hikayat perlu sebagai saluran pendidikan ke arah membentuk akhlak dan moral yang mulia. ayat ini ada apa-apa kesalahan ? | Ayat yang dinyatakan betul. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
adakah ayat di bawah betul? ...untuk merealisasikan murid-murid yang cemerlang dari aspek akademik, moral, emosi, dan kesukanan | Frasa tersebut betul dari aspek tatabahasa, sila semak dari aspek fakta "merealisasikan murid-murid yang cemerlang". | Tatabahasa | 05.02.2012 |
baru-baru ini terdapat iklan di akhbar mengenai tawaran membuat pakej buku teks pendidikan moral KSSR darjah 2. saya berminat untuk memohon namun dimana perlu saya merujuk mengenai perkara tersebut dan syarat-syaratnya | Penyertaan Sdr sebagai calon penulis amat kami alu-alukan. Iklan mengenainya serta syarat-syarat yang berkaitan terdapat dalam laman sesawang DBP. Sila rujuk laman sesawang DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sila pastikan juga Sdr tidak terlepas tarikh-tarikh penting yang berkaitan sebagaimana yang diiklankan. | Lain-lain | 29.06.2010 |
apakah maksud karakter? | Saudara, Perkataan tersebut bermaksud n 1. (in writing) huruf, aksara: Chinese ~s, huruf Cina; 2. mental and moral make-up, peribadi, sifat, watak: she has a strong ~, dia mempunyai peribadi yg tegas; ~ building, pembentukan peribadi; 3. moral strength, peribadi yg tinggi: a man of ~, seorang yg mempunyai peribadi yg tinggi; 4. distinguishing feature, ciri, sifat: a house with a ~ of its own, sebuah rumah yg mempunyai ciri yg tersendiri; 5. style, corak: the film changes in ~ half-way through, filem itu bertukar corak pd pertengahan cerita. Tidak diberi padanan 'karakter' dalam bahasa Melayu. | Makna | 16.09.2010 |