| Designed for young couples, growing families and multigenerational living, Aluna Residences bring in more light, more air and more connection within healthy spaces to grow together. Exclusive waterfront homes for families | Sila kemukakan soalan kerana medan pertanyaan ini tidak mengandungi sebarang soalan. Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.08.2025 |
| more than a chicken | bukan sekadar ayam | Istilah | 21.12.2011 |
| Use a longer keyboard pattern with more turns Pattern dan more turns ni sesuai diterjemahkan sebagai apa ya? Terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 08.11.2022 |
| TO GET MORE OUT OF LIFE. - Saya faham maksudnya untuk achieve effort lebih kurang macam ni. Apa istilah sesuai ya? Contoh ayat : Are you looking to get more out of life? Take your first step towards making healthier choices | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk frasa "to get more out of life" ialah manfaatkan kehidupan sebaiknya. | Makna | 23.11.2022 |
| archive life more than 200 years | hayat arkib lebih 200 years | Lain-lain | 03.06.2008 |
| Terjemahan kepada bahasa malaysia bagi tujuan pengiklanan. 'Trusted more than 100 years' | Kami mencadangkan "Trusted more than 100 years" diterjemahkan kepada "Dipercayai lebih daripada 100 tahun" | Penyemakan dan penterjemahan | 25.06.2014 |
| Apakah perkataan yang sesuai utk "customised" seperti dalam frasa "...a more customised learning environment..." ? Bolehkah frasa Bahasa Inggers ini diterjemah menjadi "...persekitaran pembelajaran yang lebih tersuai..."? | Frasa ... a more customised learning environment ... boleh diterjemahkan kepada ... persekitaran pembelajaran yang lebih tersuai ... | Lain-lain | 28.10.2019 |
| Assalamualaikum, Saya ingin dapatkan pengesahan bagi terjemahan ayat di bawah: Research has shown that narcissists are more likely to cheat in game-play and romantic relationships, take more resources for themselves and leave fewer resources for others, value material things, and be obsessively concerned with their outer appearance. Terjemahan bahasa Melayu: penyelidikan telah menunjukkan bahawa narsisis lebih cenderung untuk menipu dalam main permainan dan hubungan romantik, mengambil lebih sumber untuk diri mereka sendiri dan meninggalkan hanya sedikit untuk orang lain, menghargai benda material dan mengambil berat secara obsesif terhadap penampilan luaran mereka. Mohon pengesahan terutamanya bagi terjemahan perkataan "narcissists" dan "game-play." Sekain, terima kasih. | Tidak ada contoh penggunaan narcissists dan game-play dalam pangkalan data kami. Istilah yang berkaitan dengan narcissis seperti narcissism dan narcissistic dipinjam dan disesuaikan ejaannya dalam Bahasa Melayu menjadi narsisme dan narsistik, namun tidak ada terjemahan kata narcissists. Kami berpandangan terjemahan yang paling hampir ialah taasub pada diri sendiri. Perkataan bermain permainan bagi padanan game play boleh diterima dan makna sebenar boleh dijelaskan berdasarkan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.05.2019 |
| Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan yang tepat untuk "Buy more storage". Bidang: Teknologi Maklumat, Konteks: Storan dalam talian percuma yang disediakan tidak mencukupi untuk menyimpan fail bersaiz besar. Oleh itu, pengguna disarankan supaya 'buy more storage'. Antara terjemahan yang lazim: 'Beli lagi storan', 'Beli lebih banyak storan', 'Beli lebih storan'. Mana satukah sebenarnya terjemahan yang tepat? Mohon pencerahan pihak tuan. Terima kasih. | Pada pandangan kami, terjemahan yang sesuai ialah Beli lebih banyak storan atau Sila beli storan. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.09.2014 |
| Tuan, Terjemahan manakah yang lebih sesuai bagi ayat berikut:- 'Making a safer and more secure nation' i) Menjadikan negara lebih selamat dan terjamin ATAU ii) Menjadikan negara lebih selamat dan terpelihara Sekian, terima kasih. | "Making a safer and more secure nation" dapat diterjemahkan sebagai Menjadikan negara lebih selamat dan terjamin. | Makna | 08.08.2018 |