Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata morfologi 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.perbezaaan morfologi dan sintaksis?Morfologi merupakan kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Morfologi juga merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji morfem dan pembinaan perkataan dalam suatu bahasa. Untuk makluman saudara, sintaksis pula merupakan bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara dapat membuat perbezaan antara morfologi dan sintaksis. Bagi membantu, saudara juga boleh membuat rujukan pada bUku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa17.07.2007
soalan 1.Huraikan definisi morfologi secara rinci. 2.Huraikan morfem bebas dan morfem terikat secara rinci. 3.Huraikan maksud sintaksis secara rinci.Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan; morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi ter­tentu: contohnya perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an; dan sintaksis ialah kajian tentang susunan kata dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa29.04.2012
maksud bagi morfologi,tatabahasa,bahasamorfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan;tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll dan bahasa ialah 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun;Makna27.07.2007
Saya Nisakirin ingin bertanya tentang tatabahasa soalannya ; 1 Bangaimanakah pebizaan di antara morfologi dengan sintaksis? Terima kasih.Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Manakala, sintaksis pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat.Makna30.09.2015
Assalamaulauikum Saya amat lemah dalam bidang morfologi..... tugasan saya ialah mengkaji minda pengarang berita harian dari segi morfologi dan sintaksis.... minda pengarang saya ialah.... Gagasan 1 Malaysia boleh diterapkan masyarakat antarabangsa Dalam apa jua bentuk kehidupan kesederhana adalah teras kepada kajayaan yang dicapai. tindakan keterluan atau ekstremis tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menambahkan lagi kekusutan.menyedari sudah sampai masa pemimpin dunia kembali kepada agenda keamanan pragmatik dan menghapuskan ekstremis demi mengelak penduduk dunia daripada tenggelam ke dalam kehancuran,ucapan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke 65 di New York,Amerika Syarikat

Saudara,

Dalam tugasan yang diberikan saudara diperlukan untuk mengenal pasti perkataan dari aspek morfologinya atau bentuk katanya dan  mengenal pasti ayat  dari aspek sintaksisnya atau jenis ayatnya. 

Lain-lain17.10.2010
1.sinoplis sejarah melayu 2.aspek bahasa dalam sejarah melayu fonetik,fonologi,morfologi,sintaksis,semantik,kossa-kata

Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang merupakan karya agung orang Melayu yang mengisahkan tentang asal usul raja-raja Melayu dan keturunannya. Oleh sebab pertanyaan saudara memerlukan  kajian dan penyelidikan yang mendalam, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP setelah mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan.

Lain-lain17.02.2009
Dekat mana saya boleh dapatkan info mengenai perubahan morfologi kata antara Kamus Dewan Edisi ke-3 dan ke-4? Terima Kasih.

Tidak ada perubahan morfologi kata antara entri dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dengan entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Edisi Keempat mengandungi sebanyak 5 843 kata baharu yang merangkumi entri, subentri dan frasa. Di samping kata baru, kata entri lama mengalami perubahan makna, sama ada peluasan mahupun penyempitan dalam Kamus Edisi Keempat. 1">

1"> 

Lain-lain08.02.2018
1. bagaimanakah imbuhan pe-(allomof bagi peN-)dan imbuhan per dibezakan apabila kata dasar yang bermula dengan huruf r-diterbitkan? cth1. peramah 2. peramal 3. peramai seperti contoh-contoh di atas, dari segi morfologi, bagaimana kita dapat tahu bahawa kata- kata dasar tersebut adalah bergabung dengan imbuhan berbentuk per- atau imbuhan berbentuk pe-(allomof bg peN-)? sebab dalam buku- buku tatabahasa tidak dinyatakan dengan jelas. sekian terima kasihTidak ada panduan khusus untuk memudahkan kita mengetahui apakah kata dasar (sama ada bermula dengan huruf R atau tidak) bagi kata terbitan pe- dan per-, melainkan merujuk kamus dengan kerap. Walau bagaimanapun ada sesetengah perkataan meman telah dimaklumi kata dasarnya kerana kebiasaannya kata terbitan bagi kedua-dua kata dasar (kata yang bermula dengan huruf dan bukan r) tidak sama, conthnya: peramal daripada kata dasar ramal, kerana bagi kata dasar amal antara kata terbitan yang ada ialah pengamal (peramal tidak ada). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 -115. Sila rujuk juga kajian-kajian ilmiah tentang tajuk ini.Tatabahasa25.07.2009
Salam, 1. Apa beza antara 'jawapan' dan 'jawaban'? 2.'Aku bukan kesinambungan cintamu...demikian lirik sebuah lagu.Apakah maksud 'kesinambungan'? Apakah kata akarnya? dan contoh ayat.

1. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.

2. Kesinambungan bermaksud perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan. Kata akarnya ialah sambung yang disisipkan -in- menjadi sinambung. Gabungan apitan ke-...-an menerbitkan kesinambungan. Contoh ayat: Sastera Melayu moden merupakan kesinambungan daripada sastera Melayu lama. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 237. 

Istilah31.07.2009
1.apakah maksud onamasilogis, semasiologis, morfologis dan fonologis? 2. ada berapa jenis retorik dan bagaimana cara untuk membezakan jenis-jenis retorik tersebut?Onamasilogi bermaksud kajian tentang hubungan makna antara lambang bahasa dengan objek yang dilambangkan, mis kajian tentang sinonimi danpolisemi. Morfologi bermaksud kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. Fonologi bermaksud kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Retorik bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan atau seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar.Jenis retorik bergantung pada atau mengikut bahasa retorik yang digunakan dalam pelbagai bidang berkenaan seperti dalam politik, kominikasi dll.. Makna20.02.2008
123

Kembali ke atas