Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata motivasi;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MOTIVASIMotivasi ialah keinginan/semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan; atau, sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat.Makna18.02.2008
Tuan di talian, Ayat manakah yang betul bagi ayat contoh di bawah. 1. Murid-murid tekun mendengar ceramah motivasi itu. atau 2. Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun.Ayat yang gramatis ialah Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun.Tatabahasa07.06.2012
SAYA SUKA MEMBACA BUKU-BUKU MOTIVASI DIRI DAN NOVEL-NOVEL TAPI MALANGNYA SAYA SERING DI KETAWAKAN OLEH RAKAN-RAKAN KERANA SUSUNAN AYAT, EJAAN DAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG SALAH. KATA ORANG SERING MEMBACA ILMU PENUH DIDADA TAPI KENAPA SAYA BEGINI? :-(Untuk memperbaik penguasaan bahasa Melayu saudara, kami sarankan saudara banyak membaca buku-buku tentang bahasa, buku-buku motivasi dan novel pun boleh dibaca tetapi saudara hendaklah memilih buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit yang menghasilkan buku-buku berkualiti seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain24.11.2009
salam..sy nak tanya betul tak ayat " Perancangan strategik peribadi menjadi motivasi bagi kita untuk sedar siapa kita dan akan ke mana bangsa ini"... sy nk tahu penggunaan "siapa" dan "mana" dalam ayat ini boleh digunakan atau tidak kerana sedia maklum kata tanya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata.harap dapat membantu.terima kasih.Pendapat saudara betul, siapa dan mana ialah kata tanya. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi: Perancangan strategik peribadi menjadi motivasi bagi kita untuk sedar siapakah kita dan akan ke manakah bangsa ini.Tatabahasa15.02.2012
Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah. Selepas perkataan destinasi di bawah perlu ditambah koma ataupun tidak. Terima kasih. Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam.Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi, dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam.Tatabahasa29.07.2013
"memberdaya personaliti insan guru" satu tajuk yang disampaikan dalam satu ceremah motivasi. Sesuaikah perkataan "memberdaya" untuk menggantikan perkataan "memperkasa".

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan memberdaya tiada dalam rujukan kami,  yang ada ialah perkataan mendayai atau kedayaan bagi maksud memberi tenaga atau kebolehan membuat sesuatu. Manakala memperkasakan pula bermaksud menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya).  Daripada huraian di atas menunjukkan bahawa kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang berbeza.

Makna11.02.2009
Adakah pernyataan di bawah betul ? 1. Pertandingan Bercerita Kanak-kanak 2. Pertandingan Mendeklamsi Sajak 3. Perrtandingan Mengarang Esei 4. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 5. Kolokium Meningkatkan Motivasi

Frasa/ungkapan yang diberikan adalah betul.

Tatabahasa06.04.2011
BAGAIMANA HENDAK MENULIS ESEI DALAM LARAS SASTERA? APAKAH PANDUANNYA? DI MANAKAH DAPAT DIRUJUK ?Pertama sekali saudara perlu kenal pasti karya apa yang saudara hendak tulis misalnya karya kreatif seperti novel, cerpen, dan puisi; atau karya umum seperti buku motivasi  dan lain-lain. Untuk belajar menjadi penulis kreatif misalnya, terlebih dahulu saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti  cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Untuk menulis karya laras sastera, saudara perlu mempunyai ilmu yang cukup tentang bidang yang saudara hendak tulis. Kemudian bacalah buku panduan tentang teknik penulisan yang kini terdapat banyak di pasaran. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Cubalah menulis karya yang pendek dahulu seperti cerpen, puisi, atau esei dan hantar kepada surat khabar atau majalah kerana untuk menjadi penulis yang baik, ia perlu melalui proses pengalaman yang panjang. Dan, mahu tidak mahu, untuk menjadi penulis yang baik juga ia banyak bergantung kepada bakat seni yang semula jadi di dalam diri.Lain-lain09.02.2013
Tuan/Puan, bagaimana menggunakan tanda petikan dengan satu koma ' '? dia menamatkan 'ceramah' itu atau dia menamatkan "ceramah" ituTanda petik tunggal lazimnya digunakan dalam ayat yang sudah diapit tanda petik seperti "Saya sudah mula membuat program hujung minggu 'Motivasi Diri'."Ejaan22.03.2012
Saya Asma Pangteh sedang belajar bahasa Melayu dasar di Patani Thailand, ingin bertanya, apakah teknik bermula untuk menulis bahasa Melayu yang baik? Terima Kasih.Pertama sekali puan perlu kenal pasti karya apa yang saudara hendak tulis misalnya karya kreatif seperti novel, cerpen, dan puisi; atau karya umum seperti buku motivasi  dan lain-lain. Untuk belajar menjadi penulis kreatif misalnya, terlebih dahulu puan perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti  cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Untuk menulis karya laras sastera, puan perlu mempunyai ilmu yang cukup tentang bidang yang puan hendak tulis. Kemudian bacalah buku panduan tentang teknik penulisan yang kini terdapat banyak di pasaran. Selain daripada pembacaan, puan boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Cubalah menulis karya yang pendek dahulu seperti cerpen, puisi, atau esei dan hantar kepada surat khabar atau majalah kerana untuk menjadi penulis yang baik, ia perlu melalui proses pengalaman yang panjang. Dan, mahu tidak mahu, untuk menjadi penulis yang baik juga ia banyak bergantung kepada bakat seni yang semula jadi di dalam diri.Lain-lain24.10.2013
12

Kembali ke atas