1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari/daripada kawasan sekolah. 2) Dia turun dari/daripada motor dan mendapatkan kawannya. 3) "Apa kamu buat pada/kepada dia?" 4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari/daripada pejabat. 5) "Saya dari/daripada sekolah khas." 6) Adrul segera keluar dari/daripada bilik air. | Berikut ialah jawapan bagi soalan saudara: 1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari kawasan sekolah. 2) Dia turun dari motor dan mendapatkan kawannya. 3) "Apa kamu buat pada dia?" 4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari pejabat. 5) "Saya dari sekolah khas." 6) Adrul segera keluar dari bilik air. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. | Tatabahasa | 14.11.2011 |
apakah maksud ditala? | Kata terbitan 'ditala' ialah daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Tala juga membawa maksud: tala II : Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam. tala III: menala memukul dgn tangan tergenggam. tala IV: hala, arah. | Makna | 12.12.2012 |
salam... ap itu "menalakan''? betul ke ejaan "kompelin''? | Kata terbitan yang betul ialah menalak, daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Komplein hanya digunakan dalam bahasa percakapan, perkataan yang baku ialah aduan. | Makna | 30.05.2011 |