Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata motorsikal

Peribahasa

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Kereta itu terletak di antara motorsikal dan basikal. 2)kereta itu terletak di antara motorsikal,basikal dan pokok. ada salah?Ayat pertama betul tetapi ayat kedua kurang tepat, kecuali dilukiskan visual yang menunjukkan kedudukan antara ketiga-tiga objek tersebut.Tatabahasa01.06.2012
Mohon penjelasan 1) Perkataan "motosikal" atau "motorsikal" mana satu perkataan yang betul ejaannya? 2) Sekiranya ditulis dalam jawi - adakah "motosikal" atau "motorsikal" yang betul? Terima kasihEjaan yang betul ialah motosikal, dalam Jawi dieja

 
 موتوسيکل

Ejaan20.05.2013
Assalamualaikum DBP. Nama saya Kapten Mohamad Nawi bin Ismail (Bersara) daripada Syarikat MNI Teguh Jaya Ventures. Saya ingin mendapatkan pengesahan iklan bagi perniagaan saya ini untuk memohon lesen perniagaan daripada Majlis Perniagaan Nilai (MPN). Iklan tersebut adalah seperti berikut: 1. Kedai Toy's Murah - Menjual mainan terpakai daripada luar negera, hard toys dan soft toys 2. AhPeng Garage - Kedai Membaiki Motorsikal, Membaiki motorsikal dan Modifikasi Ekzos Motorsikal Mohon pengesahan daripada pihak tuan untuk pengeluaran Sijil Pengesahan Bahasa daripada pihak tuan. Terima Kasih.Wassalam,

Mohon pihak tuan buat permohonan melalui kunjungan kaunter kami di DBP (Kuala Lumpur) atau melalui dalam talian http://www.dbpsahbahasa.my/

Terim kasih.
Lain-lain18.10.2017
Perkataan jawi untuk : KEDAI MOTORSIKALEjaan Jawi bagi Kedai Motosikal:

کداي موتوسيکل
Ejaan13.08.2019
Terima kasih kerana menjawab soalan saya yang lalu.Kali ini saya ingin bertanya adakah penggunaan tanda petik ( " " ) dalam ayat berikut betul: 1. Buku itu bertajuk "Harimau Malaya". 2. Kita sering menemukan papan tanda dengan ejaan yang salah seperti "Laluan Motorsikal", "Kedai Repair Kereta" dan sebagainya.Penggunaan tanda petik dalam ayat-ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa08.10.2011

Kembali ke atas