Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n cogan kata, moto: the Scout’s ~ is “Be Prepared”, moto Pengakap ialah “Selalu Bersedia”; his crest bore a ~, ada cogan kata pd lambang yg dipakainya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata motto


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satukah di antara motto-motto ini membawa maksud meletakkan Sarawak (nama Sarawak) ke tahap yang lebih tingg: a. Menjulang Sarawak b. Menjulangi Sarawak c. Menjulangkan SarawakTidak ada contoh penggunaan kata menjulangi dan menjulangkan dalam pangkalan data kami. Perkataan menjulang yang bermaksud menghormati dan menyanjung tinggi telah melengkapkan makna frasa "menjulang Sarawak".Tatabahasa19.04.2012
salah satu idae yang saya dapat untuk motto kelab pusat sumber ialah ' DOKUMENTASI LANTERA KECEMERLANGAN ILMU' ..... di harap pihak DBP dapat membetulkan motto tersebut... dan semoga pihak DBP dapat memberi cadangan untuk motto yang sesuai dengan kelab pusat sumber institusi kami... sekian, terima kasih...

Saudara,

Perkataan "lantera' ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris"lantern'. Dari segi struktur ungkapan ini boleh diterima. Dari segi makna dan mesej bergantung pada konsep dan maklumat yang hendak disampaikan.

Lain-lain22.10.2010
apakah motto yang sesuai untuk kelab pusat sumber?Dalam hal ini, kami mencadangkan saudara menyediakan beberapa moto dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian perkataan/tatabahasa yang digunakan.Lain-lain21.10.2010
Ada dua soalan yang saya ingin utarakan 1. Pertama, Saya merujuk kepada motto Kementerian Pertanian dan Industri asas tani yakni "pertanian adalah perniagaan".. adakah motto tersebut menepati struktur nahu tatabahasa bm? kerana pada hemat saya, penggunaan kata pemeri 'adalah' hanya utk struktur pola FN+FK, FN+FA, dan FN+FSN. dalam motto tersebut, perniagaan merujuk kpd FN.oleh itu, kata pemeri 'ialah' sepatutnya digunakn utk pola 'FN+FN' 2. Kedua, merujuk kepada Tatabahasa Dewan (TBD) mengenai topik ayat dasar. sy fikir pola-pola ayat dasar menurut TBD iaitu FN+FN, FN+FA, FN+FK,FN+FSN bercanggah dengan Teori Tatabahasa Transformasi Generatif. Ini dapat dibuktikan melalui rajah pohon skema X berpalang. cth ayat FN+FN seperti 'Abu guru sekolah'.kenapa masih dapat dizahirkan kata pemeri 'ialah' dalam ayat dasar tersebut menjadi 'Abu ialah guru sekolah'. Jika merujuk semula penegasan TBD, bukankah ayat dasar sepatutnya bentuk paling tunggal sesuatu ayat.Jelaskan

 Puan Ulysess,

1.  Pandangan puan terhadap penggunaan kata pemeri "ialah" untuk  cogan kata agensi tersebut betul, iaitu  Pertanian ialah Perniagaan. 

2. Untuk makluman puan, penggunaan kata pemeri "ialah" atau "adalah" dalam bahasa Melayu adakalanya bersifat pilhan. Maksudnya, tidak salah kalau kita tidak menggunakannya dalam ayat. Sebagai contoh, mari kita melihat ayat seperti yang di bawah ini:

    (a)   Abu (ialah) guru sekolah.

    (b)  Wang itu (adalah) untuk perbelanjaan sekolahnya.

   Dalam ayat (a) dan (b) perkataan ialah  dan adalah yang ditulis dalam kurungan merupakan pilihan. Maksudnya, kita boleh menggunakan ialah dan adalah tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya kita tidak menggunakannya. Oleh itu,  kedua-dua ayat puan betul penggunaan tatabahasa; Abu ialah guru sekolah dan abu guru sekolah.  

Tatabahasa08.04.2009
Pola ayat bagi ayat berikut ialah FN+FN atau FN+FA ? (a) Motto Syarikat Azam ialah harga murah tetapi berkualiti.Pola ayat tersebut ialah FN+FATatabahasa06.01.2016
Salam, saya memerukan penerangan bagi maksud dan contoh setiap perkara di bawah: a. Tagline b. Motto c. SloganTagline ialah slogan, iaitu kata-kata keramat yang dijadikan pegangan atau disebut juga cogan kata. Moto ialah cogan kata. Ini bermakna tagline dalam bahasa Melasyu ialah slogan atau cogan kata atau moto.Makna22.11.2012
Syarikat kami akan menubuhkan persatuan yg dipanggil 'Social Coorperate Responsibility) yg mana persatuan ini berfungsi sbg Persatuan Sukarela/Committee yang dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan bantuan sebagai contohnya: orang kurang upaya, orang-orang tua, anak-anak yatim dsbnya. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik DBP untuk mencadangkan MOTTO yang berunsur murni untuk persatuan ini. Tolong cadangkan beberapa Motto dalam Bahasa English dan Bahasa Malaysia. Terima kasih.Terima kasih kerana menggunakan khidmat nasihat bahasa, DBP dan akan berusaha membantu masalah bahasa/peristilahan yang dihadapi. Dalam hal ini, kami mencadangkan saudara menyediakan beberapa moto dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian perkataan yang digunakan.Lain-lain05.08.2008

Kembali ke atas