Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua] | موا

Definisi : 1. terlalu dimanjakan: anaknya itu sangat ~; 2. melampau (tingkah laku, per­buatan): budak-budak sekarang ini kalau diberi muka, ~lah mereka; memuakan memanjakan: ikutlah cakap dia, muakan, manjakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua] | موا

Definisi : Br muka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua] | موا

Definisi : ; ikan ~ belut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua] | موا

Definisi : terlalu sangat dimanjakan; melampau (bkn tingkah laku, perbuatan dll). memuakan membiarkan atau menurut segala kehendak (seseorang); memanjakan: Ibu bapa tidak sepatutnya ~ anak-anak mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mua


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mua'ddibMuaddib: pengajar, pengasuh, pendidik.Makna01.09.2009
Salam Sejahtera. Yang manakah satu lebih tepat? 1. Jawapan bagi muka surat 12-15 2. Jawapan bagi soalan muka surat 12-15 3. Jawapan bagi soalan-soalan mua surat 12-15 Terima kasih.Jawapan bagi soalan pada muka surat 12-15.
Tatabahasa06.12.2017
saya,Hajijatul ingin mendapatkan artikel mengenai Bahasa Melayu dan satu pengucapan umum yang berkesan mengenai cara melahirkan pendapat dan mempengaruhi audien

Saudara,

Untuk mendapatkan artikel mengenai bahasa Melayu dan pengucapan awam sauadara perlu membuat kajian dan penyelidikan kepustakaan di perpustakaan di tempat saudara. Bagi pengucapan awam sila rujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zambri">Mua'ti@Zambri Ahmad. 

Lain-lain10.10.2009
bagaimana nak berpidato?daya cakapnye

Saudara,

Sebelum seseorang berpidato pemodato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang posiitif  supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antaranya sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri">Mua'ti@Zamri Ahmad.       

Lain-lain06.08.2009
CARA BERPIDATO? BAHASA MELAYU..KALAU ADA CONTOH BOLEH EMAILKAN SEKALI..URGENT

Sebelum seseorang berpidato pemidato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang positif  supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antara sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri">Mua'ti@Zamri Ahmad. Saudara juga boleh merujuk bahan ini:

1. Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000

2. Pidato Politik - Menjana Kredibiliti mendepani Khalayak oleh Ahmad Zahid Hamidi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2004.

Lain-lain31.08.2009
saya ingin bertanya tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. INGIN. Adakah i/ngin ATAU in/gin? 2. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/din/gan ATAU per/tan/ding/an? 4. PERANGAI. pe/ran/gai ATAU pe/ra/ngai? 5. SANGAT. san/gat ATAU sa/ngat? 6. TERINGAT. ter/in/gat ATAU ter/i/ngat? 7. MENGIRA. men/gi/ra ATAU me/ngi/ra? 8. SUATU. su/a/tu ATAU sua/tu? 9. SEMUA. se/mua ATAU se/mu/a? 10. MENAIKI. me/na/ik/i ATAU me/naik/i ATAU me/nai/ki? 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi ATAU pak cik/gobi?

Pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan.

1. INGIN.  i/ngin

2. DENGAN. de/ngan?

3. PERTANDINGAN. per/tan/di/ngan

 4. PERANGAI. pe/ra/ngai

5. SANGAT. sa/ngat?

6. TERINGAT. te/ri/ngat,  ter/i/ngat

7. MENGIRA. me/ngi/ra

 8. SUATU. sua/tu?

 9. SEMUA. se/mua

10. MENAIKI. me/nai/ki,  me/nai?/ki 

11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi 

Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi  Edisi Kedua boleh dijadikan sumber rujukan.

Tatabahasa27.04.2010
Di manakah saya boleh membuat rujukan tentang panggilan kehormat dlm ucapan aluan sesuatu majlis.Saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Namun demikian, bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku yang disenaraikan ini bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Buku-buku ini terdapat di PDM Dewan Bahasa dan Pustaka. - Panduan pengucapan Awam oleh Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad - Pengucapan Awam Yang Berkesan oleh Maimunah Osman - Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail - Panduan Protokol dan Etiket Sosial oleh Mokhtar Mohd. Tohar dan Panduan Protokol dan Tatatertib Majlis Samsudin Wahab. Terima kasih.Lain-lain03.03.2007
Apakah ciri-ciri teks ucapan?Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain02.07.2008
saya perlu bantuan untuk menyediakan teks uacapan bagi pegawai daerah dan Ketua Cawangan. Contoh teks ucapan pengerusi majlis

Teks ucapan mengandungi: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan dan provokasi; dan iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).

Lain-lain12.07.2011
Sebagai urusetia, saya perlu memulakan ucapan rasmi kata-kata aluan kepada peserta kursus kewangan dan pegawai jemputan untuk rasmikan pembukaannya. Bagaimana harus saya mulakan dan apakah isi-isi yang perlu ada serta akhir kata sebelum menjemput pegawai atasan untuk merasmi hari pembukaannya.(Ringkas) Pada hari penutup sebelum penyampaian sijil, ucapan cara menjemput orang atasan dan peserta, contoh isi kandungan bahasa dan cara mengakhirinya.Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin ); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada tetamu kehormat/penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain12.04.2010
12

Kembali ke atas