Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua.fa.kat] | موافقت

Definisi : 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, pe­nyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pem­bicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. be­runding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai se­suatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl memper­setujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (men­dapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, per­janjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua.fa.kat] | موافقت

Definisi : 1 seia sekata; setuju: Ia tidak ~ dgn cadangan itu. 2 sesuatu yg disetujui; persetujuan: Dgn ~ adik-beradik, kami pun berpindah dr situ. 3 perbicaraan; rundingan: Mereka mengadakan ~ dahulu sebelum bertindak. bermuafakat berunding utk mencapai sesuatu persetujuan; bermesyuarat: Mereka ~ dahulu sebelum mengambil keputusan. memuafakatkan membincangkan atau membicarakan sesuatu. kemuafakatan keadaan atau hal muafakat. permuafakatan 1 perbuatan atau hal bermuafakat; perundingan. 2 hasil drpd bermuafakat; persetujuan; kata setuju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muafakat
Kata Terbitan : semuafakat, bermuafakat, kemuafakatan, permuafakatan,

Puisi
 

Ribut-ribut bawa pukat,
     Melihat gelung di Selat Jawa;
Kita hidup tanda muafakat,
     Tolong-menolong tanda sejiwa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Elok kata dalam muafakat,
     buruk kata di luar muafakat.

Bermaksud :

Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah tepat ? 1. bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat 2. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Bolehkah pembetung digantikan dengan pembentung? Alang-alang menyeluk pekasam membawa maksud jika sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. masyarakat pula secara umumnya menerima peribahasa ini seperti peribahasa alang-alang mandi biar basah. Adakah penggunaan ini tepat?1. Untuk makluman, peribahasa yang tepat ialah bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

2. Pembetung tidak boleh digantikan dengan pembentung.

3. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu iaitu sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. Walau bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat Melayu, peribahsa itu sering disamakan dengan alang-alang mandi biar basah. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada konteks penggunaannya ketika itu.

Tatabahasa22.10.2015
bila hidup tidak muafakat banyaklah runding tidak terdedat banyaklah orang hidup tersesat kerja yang baik menjadi jahat di dalam air perahu tersekat. apa makna TERDEDAT dalam pantun di atas? terima kasihPerkataan dedat atau terdedat tidak ada dalam sumber rujukan kami.Makna13.05.2010
perdebatan tentang peribahasa 'bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat'.wajarkah ia di bahaskan????Peribahasa ini boleh dijadikan tajuk perbincangan atau perbahasan mengikut konteks yang bersesuaian .Lain-lain25.08.2010
Apakah maksud peribahasa "bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat"?Maksudnya kata sepakat tercapai dengan mesyuarat.Tatabahasa01.11.2009
Adakah perkataan buai tergolong dalam diftong atau vokal berganding?Buai merupakan vokal berganding sama dengan cuaca, muafakat, suasana. Diftong hanya ai, au dan oi.Tatabahasa25.02.2013
Salam sejahtera, Kita harus menyayangi tempat tinggal kita. Oleh itu, semua penduduk Kota Manis patut menghadiri kempen tersebut, bak kata pepatah muafakat membawa berkat.(selepas bak kata pepatah perlu bubuh tanda koma di belakang sebagai jeda?Sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa tolong betulkan.) Sekian, terima kasih.Untuk makluman, selepas frasa "bak kata pepatah", tidak perlu diletakkan tanda koma sebagai jeda. Selain itu, contoh ayat yang diberikan betul.Tatabahasa26.02.2020
seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah. Mohon diberi penjelasan mengenai kata adat iniMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, kata adat bermaksud peribahasa yang berkaitan dengan adat. Peribahasa digunakan untuk menyatakan sesuatu secara sopan dan berhemah oleh masyarakat Melayu.  Puan boleh merujuk buku peribahasa Melayu untuk makna.Sastera17.11.2013
Kepentingan memelihara hubungan etnik yang harmonis berpandukan kata adat: seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggahSila kemukakan pertanyaan puan dengan jelas. Untuk makluman, secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
Tatabahasa09.11.2013
maksud (1) Demografi dan Biografi (2) Bulat air kerana pembetung ............. (mohon berikan peribahasa ini dengan penuh)DEmografi ialah kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk dalam tempoh tertentu. Biografi ialah riwayat atau kisah hidup seseorang. Peribahasa lengkap : Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.Makna08.07.2008
Tuan, Mana satukah yang betul? 1) Bulat air kerana pembetung, ... atau 2) Bulat air kerana pembentung, ...? Terima kasih.

Peribahasa yang dirakamkan dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat".

Lain-lain13.09.2011
12

Kembali ke atas