Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang perbezaan penggunaan istilah muamalat dan muamalah. Apakah istilah yang sesuai untuk digunapakai pada sesuatu institusi atau cawangan/bahagian, adakah *cawangan/bahagian muamalah atau muamalat. mohon pandangan. | Tiada perbezaan makna antara istilah muamalat dengan muamalah, perbezaan hanyalah istilah muamalat merupakan bentuk jamak daripada muamalah. Kamus Dewan mentakrifkan mualalat dan muamalah sebagai segala urusan yang tergolong atau berkaitan dengan bidang kemanusiaan. Muamalat merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai aktiviti ekonomi dan bukan ekonomi. Dari aspek teknikalnya muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan. | Makna | 07.05.2018 |