Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.Öa.ma.lat] | معاملة

Definisi : Ar segala perkara (hal) yg tergolong dlm atau yg berkaitan dgn bidang kemasyarakatan: tradisi Islam dr segi syariat, ~, dan Usul al-Din wajarlah dikuasai dgn sebaik-baiknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muamalat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang perbezaan penggunaan istilah muamalat dan muamalah. Apakah istilah yang sesuai untuk digunapakai pada sesuatu institusi atau cawangan/bahagian, adakah *cawangan/bahagian muamalah atau muamalat. mohon pandangan.Tiada perbezaan makna antara istilah muamalat dengan muamalah, perbezaan hanyalah  istilah muamalat  merupakan bentuk jamak daripada muamalah. Kamus Dewan mentakrifkan mualalat dan muamalah sebagai segala urusan yang tergolong atau berkaitan dengan bidang kemanusiaan. Muamalat merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai aktiviti ekonomi dan bukan ekonomi.
Dari aspek teknikalnya muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan.
Makna07.05.2018
1. bagaimana menulis perkataan muamalat? atau perkataan yang berasal daripada bahasa arab? adakah perlu tulis secara normal atau secara meningiring (italic)? 2. dalam penulisan ilmiah, apakah perkataan yang perlu ditulis secara 'italic'?Perkataan muamalat dan perkataan-perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dan telah diterima pakai dalam bahasa Melayu ditulis secara normal tanpa perlu dicondongkan seperti contoh fitrah, haul dan sebagainya. 2. Dalam penulisan ilmiah, antara perkataan yang perlu dicondongkan termasuklah istilah-istilah tertentu dalam bidang berkaitan yang tidak mempunyai padanan istilah dalam bahasa Melayu. Selain itu, perkataan daripada bahasa Inggeris juga perlu dicondongkan. Walau bagaimanapun, penentuan perkataan yang perlu dicondongkan atau tidak, bergantung juga pada gaya penerbitan sesebuah penerbit.  Lain-lain21.02.2018
SAYA NAK DAPATKAN 200 ISTILAH MELAYU DALAM MUAMALAT ATAU KEWANGAN..APA BUKU YANG BOLEH SAYA GUNA UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN..Buku yang boleh digunakan ialah Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan.Lain-lain29.04.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), jurusan Pentadbiran Muamalat yang sedang mencari tempat untuk Latihan Industri sesi Feb-Julai 2022. Saya berminat untuk menjalani latihan industri di DBP untuk menambah ilmu baru mengenai bahasa selain mengaplikasikan ilmu mengenai pengurusan dalam perniagaan dari universiti. Jadi, bagaimana saya boleh menghantar permohonan latihan industri tersebut ya?

PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


Untuk makluman, semua pelajar yang  ingin  menjalani  latihan  industri  di  DBP,  perlu menghantar  permohonan kepada  Ketua  Akademi  DBP melalui alamat e-mel: akademi@dbp.gov.my serta mengemukakan sekali:

 

  1. Surat  permohonan  –  nyatakan  bidang  pengajian,  peringkat pengajian,  tempoh  latihan  industri  dan  maklumat  lain  yang berkaitan.
  2. Surat  pengesahan/sokongan  daripada  fakulti/institusi  pendidikan berkaitan.
  3. Resume.
  4. Salinan  keputusan  peperiksaan  setiap  semester.
  5. Borang jawapan penerimaan pelatih  industri.

Sekian, Terima kasih.
Lain-lain03.12.2021
Adakah pihak DBP menegur bank-bank di negara ini yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada laman sesawang, misalnya laman sesawang Bank Muamalat dan laman sesawang Bank Hong Leong. Tiadakah badan yang boleh menguatkuasakan peraturan agar bahasa kebangsaan diutamakan kepada mereka?Kami akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu dan memaklumkan kepada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.Tatabahasa22.11.2014
salam...boleh tak jelaskan secara terperinci "dharar"?Tidak ada maklumat tentang perkataan dharar dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun sedikit maklumat yang boleh membantu perkataan dharar ialah bahasa Arab yang lazimnya diakitkan dengan muamalat. Untuk mendapatkan maklumat yang jelas, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Makna23.02.2012

Kembali ke atas