Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[muat] | موات

Definisi : 1. ada ruang utk diisi (diduduki, ditempati, dll), dapat berisi: Ramlan tidak mahu mem-bawa dia dan isterinya bersama dgn alasan keretanya tidak ~; 2. ada (terkandung) di dalamnya, berisi; ~ naik (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer pengguna ke stesen kom­puter utama melalui talian rangkaian; ~ turun (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama ke stesen komputer peng­guna melalui talian rangkaian; bermuat 1. berisi atau diisi dgn: tiap-tiap perahu itu ~ dgn tiga puluh orang; adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai orang Benggali; 2. sl mengisi atau memung­gah barang (ke kapal, perahu, dll); bermuatan mempunyai atau berisi muatan: sebuah lori yg ~ beberapa batang kayu balak; memuat 1. mengangkut (kapal, perahu, kereta, dll), berisi dgn: besoknya Cina itu pasti datang, tiga empat buah lori ~ barang-barang; 2. mengandungi (mempunyai sbg isi): Sejarah Melayu misalnya ~ kisah-kisah keturunan raja-raja Melayu Melaka; memuati menaruh barang-barang (ke dlm perahu dll), mengisi: pelangnya itu dimuati-nya dgn pisang dan ubi keladi; memuatkan 1. memasukkan barang-barang ke dlm (kapal, lori, dll), mengisikan: kami pun ~ barang-barang itu di tempat duduk belakang kereta; orang biasa enggan mem-buat kerja ~ barang-barang ke dlm kapal atau memunggah barang-barang dr kapal; 2. memasukkan ke dlm kandungan (majalah dsb), menempatkan (di akhbar dll), menyiar­kan (di majalah dll): apalah gunanya ~ per-kara yg kecil-kecil ini di akhbar; karanganku mengenai perjuangan rakyat tanah jajahan dimuatkan dlm salah satu surat khabar; termuat dimasukkan atau disiarkan (dlm akhbar dll): cerita jenaka yg ~ dlm buku ini adalah sebahagian sahaja drpd cerita jena-ka rakyat; muatan barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu; ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan se­banyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; pemuatan perihal (proses) memuatkan se­suatu, pengisian; pemuat (Kej) kapasitor: satu lagi teknik pengesanan ialah penggunaan sj ~ yg tidak mempunyai arus bocor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[muat] | موات

Definisi : 1 ada ruang utk diisi, diduduki dll; dpt berisi: Kereta itu ~ empat orang. 2 ada terkandung di dlmnya; berisi: Akhbar itu ~ iklan jawatan kosong. bermuat berisi atau diisi (dgn): Kapal itu ~ gula. memuati mengisi atau memenuhkan sesuatu (dgn barang); memasukkan muatan pd: Beliau telah ~ perahunya dgn pisang, tebu dll. memuatkan 1 memasukkan sesuatu (spt barang-barang) ke kapal, kereta dsb; mengisikan: Kelasi-kelasi pun ~ beras itu ke dlm kapal. 2 memasukkan atau menempatkan sesuatu dlm surat khabar; menyiarkan sesuatu dlm majalah dll. termuat telah dimasukkan atau disiarkan dlm surat khabar, majalah dll. muatan barang-barang yg dibawa (oleh lori dll); isi kapal dll: Apabila sampai di Pelabuhan Kelang, segala ~ kapal itu diturunkan. orang ~ orang yg naik atau yg menumpangi kapal dll. ~ haba ist kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak satu kelvin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muat (adjektif)
Bersinonim dengan ada ruang, dapat diisi, tidak sempit, tidak ketat, tidak sendat;,
Kata Terbitan : memuatkan, termuat, muatan,

Puisi
 

Perahu saya muat kendi,
     Jangan diliuk dilenggang lagi;
Kami jahat biar pergi,
     Jangan cinta dikenang lagi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Ke dalam sumpit tak muat,
     ke dalam ambung longgar.

Bermaksud :

Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. ambung = keranjang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah muat turun dan muat naik ialah kata majmuk?Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Oleh itu, "muat turun" dan "muat naik"  ialah kata majmuk.Tatabahasa10.03.2013
1. muat turunkan atau muatturunkan ? 2. tambah baikkan atau tambahbaikkan ? 3. muat naikkan atau mautnaikkan ?Ejaan yang tepat ialah 1. muat turun. 2. tambah baik atau penambahbaikan. 3. muat naik.Ejaan05.09.2010
Bolehkah perkataan "muat turun" diimbuhkan dengan imbuhan me-...-kan? Jika boleh diimbuhkan, adakah penggunaannya dalam ayat ini betul? Anda boleh "memuaturunkan" berita ini dari laman web....Ungkapan tersebut betul.Tatabahasa16.11.2007
SALAM, KENAPA KEMUDAHAN MUAT TURUN BAHAN UNTUK KSSR TAHUN 1/2 TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN?Untuk kemudahan muat turun bahan KSSR tahun 1-3, tuan boleh menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum.Lain-lain17.09.2013
Salam, Di mana boleh saya muat turun "Panduan Penyediaan Manuskrip" untuk penerbitan dalam DBP? Terima kasih

 Salam, Di mana boleh saya muat turun "Panduan Penyediaan Manuskrip" untuk penerbitan dalam DBP? Terima kasih

MAAF SAYA TIDAK DAPAT MEMBERI SECARA LENGKAP CUMA PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP SEPERTI DIBAWAH.

Setiap manuskrip mestilah mempunya tiga bahagian iaitu seperti yang diperturunkan dibawah.

PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP LENGKAP        Bahan Awalan            Bahan yang dicetak sebelum bahagian teks seperti judul separa, judul penuh, halaman hak cipta, prakata, pendahuluan, dedikasi, halaman kandungan dsb.         Bahan teks/isi            Bahagian utama dalam sesebuah buku yang mengandungi teks(isi),rajah, jadual, nota kaki, nota hujung, petikan.          Bahan akhiran            Bahan yang dicetak selepas bahagian teks termasuk lampiran, glosari dan senarai istilah, bibliografi, dan indeks.
Lain-lain15.12.2008
Adakah penggunaan ayat berikut betul; 'Sila klik imej untuk muat turun borang penyertaan' Terima kasih!Ayat 'Sila klik imej untuk muat turun borang penyertaan' betul dan tidak mengandungi kesalahan tatabahasa.Tatabahasa02.03.2007
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk pakaian yang sudah tidak boleh dipakai kerana tidak muat. adakah ketat, sempit atau sendat? terima kasih.Ketat, sama makna dengan sempit, sendat ataupun tidak longgar. Tidak ada satu perkataan yang khusus merujuk pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat. Pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat berkemungkinan kerana ketat/sempit/sendat.Tatabahasa30.06.2008
Salam sejahtera. Saya menghadapi masalah untuk muat-turun Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi yang terdapat di laman web DBP. Mohon bantuan tuan untuk menghantarnya melalui email saya. Terima kasih

Untuk makluman puan, kami tidak memiliki salinan lembut (soft copy) Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi. Kami sendiri masih menyemak menggunakan salinan keras (hard copy) panduan tersebut. Sila hubungi Bahagian Dasar dan Penyelidikan Bahasa, Tingkat 24, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lain-lain05.05.2011
kenapa tiada laman web khusus untuk muat turun edisi kamus dewan?Saudara boleh melayari laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.Lain-lain24.10.2009
Kenapa Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99),tidak dapat di muat turun.Sila cuba semula untuk memuat turun borang permohonan jawatan. Saudara dicadangkan untuk menggunakan Internet Explorer bagi paparan yang lebih baik. Saudara boleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia DBP jika masih menghadapi maslah yang sama.Lain-lain17.05.2013
12

Kembali ke atas