Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama ke stesen komputer peng­guna melalui talian rangkaian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist tindakan memindahkan fail atau data dr komputer pusat ke komputer pengguna melalui talian rangkaian. memuat turun melakukan muat turun: Pengguna boleh ~ perisian tsb secara percuma melalui alamat laman web yg telah diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muat (adjektif)
Bersinonim dengan ada ruang, dapat diisi, tidak sempit, tidak ketat, tidak sendat;,
Kata Terbitan : memuatkan, termuat, muatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SALAM, KENAPA KEMUDAHAN MUAT TURUN BAHAN UNTUK KSSR TAHUN 1/2 TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN?Untuk kemudahan muat turun bahan KSSR tahun 1-3, tuan boleh menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum.Lain-lain17.09.2013
adakah muat turun dan muat naik ialah kata majmuk?Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Oleh itu, "muat turun" dan "muat naik"  ialah kata majmuk.Tatabahasa10.03.2013
Salam, Di mana boleh saya muat turun "Panduan Penyediaan Manuskrip" untuk penerbitan dalam DBP? Terima kasih

 Salam, Di mana boleh saya muat turun "Panduan Penyediaan Manuskrip" untuk penerbitan dalam DBP? Terima kasih

MAAF SAYA TIDAK DAPAT MEMBERI SECARA LENGKAP CUMA PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP SEPERTI DIBAWAH.

Setiap manuskrip mestilah mempunya tiga bahagian iaitu seperti yang diperturunkan dibawah.

PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP LENGKAP        Bahan Awalan            Bahan yang dicetak sebelum bahagian teks seperti judul separa, judul penuh, halaman hak cipta, prakata, pendahuluan, dedikasi, halaman kandungan dsb.         Bahan teks/isi            Bahagian utama dalam sesebuah buku yang mengandungi teks(isi),rajah, jadual, nota kaki, nota hujung, petikan.          Bahan akhiran            Bahan yang dicetak selepas bahagian teks termasuk lampiran, glosari dan senarai istilah, bibliografi, dan indeks.
Lain-lain15.12.2008
Adakah penggunaan ayat berikut betul; 'Sila klik imej untuk muat turun borang penyertaan' Terima kasih!Ayat 'Sila klik imej untuk muat turun borang penyertaan' betul dan tidak mengandungi kesalahan tatabahasa.Tatabahasa02.03.2007
Mirza Farhana 12.33 PTG Salam. Boleh saya tahu di mana saya boleh muat turun istilah-istilah semasa yang baru diumumkan oleh DBP. Lebih mudah jika boleh muat turun. Terima kasih.Belum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya. Kami amat menghargai kerjasama tuan dalam hal ini dan kami ucapkan terima kasih.Lain-lain21.08.2017
1) Apakah kata terbitan daripada kata majmuk 'muat turun' yang diterima pakai oleh pihak DBP / yang ada dalam kamus buat setakat ini? 2) Bolehkah kata terbitan 'memuatturunkan' diterima pakai dalam bahasa Melayu formal? Terima kasih.Muat turun ialah padanan download dalam bahasa Melayu dan kata kerja memuatturunkan boleh digunakan bagi menerangkan perbuatan berkenaan.Tatabahasa11.05.2015
Laman muat turun bahan buku teks sekolah rendah secara QR code telah tidak dapat diakses sejak awal bulan April. http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3949 Sila kembalikan fungsi supya murid dapat belajar.Untuk makluman tuan, portal kod QR DBP telah mengalami gangguan teknikal dan telah berfungi sepenuhnya seperti biasa pada 20 April 2024.Lain-lain17.04.2024
Bolehkah perkataan "muat turun" diimbuhkan dengan imbuhan me-...-kan? Jika boleh diimbuhkan, adakah penggunaannya dalam ayat ini betul? Anda boleh "memuaturunkan" berita ini dari laman web....Ungkapan tersebut betul.Tatabahasa16.11.2007
Assalamualaikum. Saya sudah boleh muat turun dokumen... Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi Terima kasih banyak-banyak.Sama-sama. Jadikan prpm.dbp.gov.my teman setia di hujung jari saudara. Sebarkanlah kemanfaatannya kepada rakyat Malaysia yang lain.Lain-lain10.01.2014
Assalamualaikum. Saya tak dapat muat turun dokumen... Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dari sini... http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=39&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID&Page=1&PHPSESSID=6f21ffb331791cbf68532cc3c9271241 Mohon bantuan. Terima kasih.Terima kasih kerana memanfaatkan bahan yang disediakan oleh DBP. Buat pengetahuan tuan, fail yang disediakan ini dalam bentuk PDF. Jika tuan letakkan ikon tetikus pada bahagian bawah skrin PDF tersebut pasti ada ikon untuk besarkan skrin, kecilkan skrin, simpan dan cetak. Tuan boleh manfaatkan ikon simpan dan cetak. Harap maklum.Lain-lain05.01.2014
1234

Kembali ke atas