Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ba.zir] | مبذير

Definisi : 1. terlampau banyak hingga ter­buang-buang; 2. berlebih drpd yg diperlukan, berlebih-lebihan; 3. orang yg membuang atau menghabiskan sesuatu (waktu, wang, dll) dgn sia-sia, pemboros; memubazirkan menggunakan (wang, barang­barang, dll) dgn berlebih-lebihan, memboros­kan: pekerjaan ini benar-benar ~ tenaga dan masa; bazir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.ba.zir] | مبذير

Definisi : 1 terlampau banyak menggunakan (membeli dll) sesuatu sehingga terbuang; berlebih-lebihan; membazir. 2 orang yg suka membuang-buang; pemboros. memubazirkan menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan dan sia-sia; membazirkan; memboroskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mubazir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mubazir dan membazir Dua perkataan ini hampir sama. Apakah perbezaan maksudnya? Adakah mubazir perkataan yang timbul kerana ada orang salah sebut "membazir"?Kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama. Sila rujuk kamus untuk melihat persamaan/perbezaan makna antara kedua-dua perkataan tersebut. Perkataan mubazir dan membazir kedua-duanya berasal daripada perkataan Arab, perbezaan sebutan/perkataan ini berlaku kerana pengaruh bahasa Arab itu sendiri. Dalam bahasa Arab satu perkataan yang asal boleh menjadi berbeza sebutan apabila kedudukan/fungsi perkataan itu dalam ayat berubah.Istilah21.07.2012

Kembali ke atas