Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada satu cerpen, sekiranya di hantar kepada DBP untuk diterbitkan, adakah akan mendapat bayaran?Berapa bayarannya? Di ruangan manakah akan diterbitkan? Kepada siapa perlu di hantar cerpen tersebut. sekian. TQ

Tahniahl kepada sdr. berminat dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan sebuah cerpen. Mudah-mudahan sdr. giat lagi berkarya dengan menghasilkan cerpen-cerpen yang bermutu. Berhubung dengan kadar saguhati  atau honorarium (mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2/2006) yang dibayar kepada cerpenis yang cerpen mereka disiarkan oleh pihak  DBP adalah seperti yang berikut:

i.    Terbit di majalah

       a) Dewasa/umum           =     RM 300.00/siaran

       b) Remaja                     =     RM 200.00/siaran

       c) Kanak-kanak             =     RM 100.00/siaran

ii.     Jurnal                          =      RM 300.00/siaran

iii.    Tabloid                        =      RM 100.00/siaran

 Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar  (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah,  Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam.

Lain-lain08.10.2008
Selamat pagi, tuan. Di sini ada dua soalan ingin meminta pencerahan daripada pihak tuan. 1. Saya difahami bahawa jenis ialah kata nama golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) dan pelbagai bermaksud berbagai-bagai atau beberapa jenis. Oleh itu, frasa yang manakah yang betul bagi (i) pelbagai jenis makanan atau (ii) pelbagai makanan? 2. Perkataan supaya: Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya. Merujuk jawapan tuan pada 03.04.2015, 1. Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. 2. Ali mencuci keretanya supaya keretanya kelihatan bersih. Jawapan yang diberikan ialah ayat (1) lebih gramatis, mengapa? Selepas kata supaya, bukankah perlu kata nama? Oleh itu, ayat kedua bukan lebih tepat? Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

1. Frasa yang betul ialah pelbagai jenis makanan. Dalam frasa yang diberikan, perkataan pelbagai jenis boleh digunakan kerana kedua-duanya tidak membawa maksud yang sama. Perkataan pelbagai bermaksud beberapa jenis atau macam. Manakala perkataan jenis dalam konteks frasa tersebut pula merujuk kepada pembahagian atau pengelompokan sesuatu benda, pekerjaan dan lain-lain mengikut keadaan atau sifatnya.

2. Ayat yang betul ialah Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. Perkataan supaya dalam konteks ayat yang diberikan tidak perlu diikuti dengan kata nama kerana perkataan tersebut merupakan kata hubung, bukannya kata sendi nama.

Tatabahasa12.11.2021
Salam sejahtera. i. Longkang perlu dibersihkan supaya nyamuk tidak bertelur di dalamnya. soalan saya : Bolehkah perkataan "supaya" dalam ayat majmuk di atas digantikan dengan perkataan "agar" ii. Beta berasa sukacita apabila melihat pemandangan indah. soalan saya: perkataan "apabila" dalam ayat majmuk di atas boleh digantikan dengan perkataan"tatkala"? Terima kasihAgar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh. Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali. Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada  contoh ayat yang dinyatakan di atas.

Tatkala: ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu). Apabila: semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Dalam contoh ayat yang diberikan penggunaan tatkala boleh digunakan.
Lain-lain24.04.2019
Assalamualaikum, Untuk tulisan jawi, ejaan perkataan yang mengandungi kata ganda, digunakan dash atau hyphen? Apakah alasannya? Terima kasih.

Kata Ganda

Kata ganda penuh ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Hindi (٢). Penulisan kata ganda penuh seperti contoh yang berikut:

anai-anai = اناي٢ 

baik-baik = باءيق٢ 

kupu-kupu = کوڤو٢ 

Apabila bahagian kata yang diganda itu berubah bentuknya, tanda sempang (-) digunakan sebagai tanda ganda. Kata ganda jenis ini termasuklah kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak.

(i) Penulisan kata ganda berimbuhan seperti contoh yang berikut:

mudah-mudahan = موده-مودهن

zaman-berzaman = زمان-برزمان

lama-kelamaan = لاما-کلاماءن

(ii) Penulisan kata ganda berentak seperti contoh yang berikut:

bolak-balik = بولق-باليق

lauk-pauk = لاءوق-ڤاءوق

kontang-kanting = کونتڠ ـ کنتيڠ

 

Catatan: Terdapat sesetengah kata ganda yang dieja dengan menambah huruf alif (ا) pada bentuk ganda yang pertama apabila menerima imbuhan kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Contohnya, perkataan:

bersama-sama  =برساما-سام

bersuka-suka = برسوکا-سوک

semata-mata = سماتا-مات

Lain-lain14.03.2022

Kembali ke atas