Penggunaa istilah tablet adalah termasuk dalam kumpulan peranti mudah alih ATAU aplikasi mudah alih ATAU perkakasan mudah alih....Antara ketiga kumpulan ini, yang mana kategori tablet komputer | Perkataan "peralatan mudah alih" atau "alikasi mudah alih" atau "peranti mudah alih" dalam bahasa Inggeris ialah "mobile application". Perkataan "tablet komputer" masih digunakan sebagai "tablet komputer". | Istilah | 27.10.2014 |
Aplikasi mudah alih mempunyai pengguna yang tertinggi. Walau bagaimanapun, kualiti aplikasi mudah alih adalah masalah yang diketahui. Oleh itu, ujian yang lebih baik telah dijalankan iaitu penyelidikan analisis mutasi untuk aplikasi mudah alih bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik. Pertama, mengenal pasti teknik mutasi untuk aplikasi mudah alih. Kedua, mengenal pasti pengendali mutasi untuk aplikasi mudah alih yang akan membuat aplikasi mudah alih mempunyai kualiti yang baik. Akhirnya, pengendali mutasi sesuai akan dilaksanakan dengan kes ujian aplikasi mudah alih. Ini adalah bermasalah kerana kekurangan pendekatan analisis mutasi untuk aplikasi mudah alih. Dengan sebab itu, kajian ini mencadangkan pengusaha mutasi sesuai untuk aplikasi mudah alih. | 1. Apakah yang dimaksudkan dengan aplikasi mudah alih? Adakah maksud yang ingin disampaikan ialah Telefon mudah alih? 2. Walau bagaimanapun, terdapat masalah dalam aplikasi ini (atau terdapat masalah dalam telefon mudah alih ini). 3. Apakah maksud mutasi dalam ayat ini? Mutasi dalam bahasa Melayu bermaksud perubahan pada bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan, dan sebagainya) yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut; 2. (Lin) pengubahsuaian bunyi dalam satu kata yang dipengaruhi oleh bunyi-bunyi yang berhampiran. | Lain-lain | 17.05.2017 |
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan istilah 'gadget'? 2) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'peranti mudah alih'? 3) Adakah 'peranti mudah alih' , 'peranti elektronik' dan 'peranti digital' mempunyai maksud yang berbeza? Sekiranya berbeza, mohon bantuan untuk dijelaskan setiap maksud perkataan ini. Terima kasih. | 1. Padanan bagi gadget ialah alat atau alatan. 2. Peranti mudah alih ialah padanan bagi istilah mobile device. 3. Peranti mudah alih ialah peranti pengkomputeran dalam telefon pintar, komputer dan sebagainya. Peranti elektronik ialah komponen yang mengawal arus elektrik. Peranti digital ialah peranti yang mengandungi sistem digital seperti telefon pintar. Untuk mengenal pasti persamaan atau perbezaan ketiga-tiga peralatan ini, perlu merujuk pihak yang pakar, kamus hanya dapat memberi makna perkataan tanpa perincian yang jelas. | Istilah | 06.11.2019 |
saya ingin bertanya penggunaan perkataan power bank dalam bahasa Melayu adakah 'pengecas telefon mudah alih' atau 'pengecas mudah alih' | Menurut data kami, perkataan power bank diterjemahkan kepada bank kuasa. | Makna | 09.11.2016 |
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh menggantikan perkataan 'hang' dalam konteks ayat - "Anak saya akan gelisah jika peranti mudah alih yang digunakannya 'hang' " ? (2) Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan 'uneasy' dalam konteks ayat ini - "I feel uneasy when my mobile phone is broken" (3) Adakah 'tidak tenteram' , 'tidak senang' , 'gelisah' menggambarkan perasaan yang membawa maksud yang sama? (4) Adakah perkataan 'tergendala' boleh digunakan bagi menggambarkan telefon pintar yang sedang 'hang'? (5) Dalam konteks ayat ini - "Anak saya berasa tidak senang apabila peranti mudah alih yang digunakannya kehabisan bateri. " Perkataan yang sesuai adalah 'berasa' atau 'merasa'? Apakah yang membezakan kedua-dua maksud perkataan ini? Terima kasih. | (1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh menggantikan perkataan 'hang' dalam konteks ayat - "Anak saya akan gelisah jika peranti mudah alih yang digunakannya 'hang' " ? Jawapan: Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan, perkataan hang boleh bermaksud delay, iaitu tergendala. Maka, pihak kami mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi perkataan tersebut ialah tergendala. (2) Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan 'uneasy' dalam konteks ayat ini - "I feel uneasy when my mobile phone is broken" Jawapan: Pihak kami mencadangkan padanan bagi perkataan 'uneasy' dalam konteks ayat tersebut ialah risau. (3) Adakah 'tidak tenteram' , 'tidak senang' , 'gelisah' menggambarkan perasaan yang membawa maksud yang sama? Jawapan: ‘tidak tenteram' dan ‘gelisah’ membawa maksud yang sama. Namun, ‘tidak senang’ lebih tepat sekiranya ditambah dengan perkataan hati, iaitu ‘tidak senang hati’ (biasanya disebabkan oleh sesuatu perkara atau perbuatan). (4) Adakah perkataan 'tergendala' boleh digunakan bagi menggambarkan telefon pintar yang sedang 'hang'? Jawapan: Perkataan tergendala boleh digunakan bagi menggambarkan telefon pintar yang sedang 'hang' (5) Dalam konteks ayat ini - "Anak saya berasa tidak senang apabila peranti mudah alih yang digunakannya kehabisan bateri. " Perkataan yang sesuai adalah 'berasa' atau 'merasa'? Apakah yang membezakan kedua-dua maksud perkataan ini? Terima kasih. Jawapan: Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan makna kedua-duanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya, perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit, dan (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Merasa pula biasanya bermaksud mengalami rasa dengan lidah seperti manis atau masin. Oleh sebab itu, pihak kami mencadangkan penggunaan perkataan berasa dalam konteks ayat yang diberikan.
| Makna | 09.11.2019 |
Salam DBP, Apakah terjemahan yang paling tepat untuk perkataan "Mobile app" " | Melalui carian di internet mobile app (application) ialah aplikasi yang direka khusus untuk menggerakkan pelbagai peralatan mudah alih. Oleh itu, kami cadangkan mobile app diterjemahkan kepada aplikasi alat mudah alih | Penyemakan dan penterjemahan | 01.04.2014 |
Apakah terjemahan untuk mobile upload? (Dua soalan sebelumnya terputus.) | Untuk makluman, istilah mobile upload tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk istilah mobile ialah mudah alih, mudah gerak, boleh gerak dan bergerak. Istilah bahasa Melayu untuk upload ialah muat naik. | Istilah | 22.08.2011 |
1. Mobile computing 2. Software 3. Content | 1. Pengkomputeran mudah alih 2. Perisian 3. Kandungan | Istilah | 02.02.2007 |
Hai, apakah terjemahan bagi "Shoutbox"? Ini adalah untuk penggunaan laman web mudah alih. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk shoutbox. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah ruang bual atau ruang sembang. | Istilah | 24.10.2012 |
Apakah terjemahan bagi "on-the-go" dan "car boot sale"? Saya tahu "mudah alih" adalah bagi alat-alat atau peranti. Tapi bagaimana pula kalau untuk, contohnya, "foodtruck" dan sebagainya? | Dalam Oxford English Dictionary, on the go ialah frasa tidak baku (slanga) yang membawa maksud very active or busy, manakala dalam Collins English Dictionary on the go juga frasa tidak formal untuk active or energetic. Maka terjemahannya mengikut konteks. Cadangan terjemahan "car boot sale' ialah jualan but kereta, manakala cadangan bagi "foodtruck" ialah lori atau van makanan bergerak. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.12.2015 |