Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.hi.bah] | محبه

Definisi : Ar 1. percintaan, kasih mesra: me-lahirkan ~ dan kasih mesra; 2. perasaan persahabatan dan kemesraan: bersedekah ialah satu drpd amal kebajikan yg membawa kpd bertambah teguh rasa ~ antara satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.hi.bah] | محبه

Definisi : 1 perasaan persahabatan dan kemesraan: Berbagai-bagai cara telah dijalankan oleh kerajaan utk memupuk ~ antara kaum. 2 perasaan sangat sayang kpd seseorang; cinta; kasih mesra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muhibah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan harmoni, kerukunan, kesejahteraan, kebahagiaan, kasih mesra, kasih sayang, percintaan;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"MUHIBBAH" dieja dengan dua "B" atau dengan satu "B" macam "MUHIBAH"?Ejaan yang betul ialah muhibah.Ejaan09.10.2013
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai.

Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia.  Muhibah yang  bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara.

 

Sekian.

Lain-lain13.12.2010
Minta pandangan. Mengikut Buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "untuk" digunakan di hadapan kata nama atau frasa kata nama. Jadi, ayat : Semangat muhibah amat penting untuk penyatupaduan rakyat / semangat muhibah amat penting untuk menyatupadukan rakyat. Yang mana betul ? Dalam Kamus Dewan terdapat contoh-contoh "untuk" diguna di hadapan kata kerja. Terima kasih Ng Chee HuaySelain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau apelengkap pada klausa utama. Selain untuk, bahawa juga antara kata hubung pancangan komplemen. Contoh;
1. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
2. Semangat muhibah amat penting untuk menyatupadakan rakyat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 253 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa11.07.2013
Salam sejahtera salam muhibah dan salam 1Malaysia. Saya ingin mengajukan satu soalan kepada tuan.Perkataan yang manakah tepat.HINGGA KE MASA KINI ATAU HINGGA SEKARANG? Terima kasih atas kerjasama anda.Ungkapan yang betul ialah hingga masa kini / ke masa kini/ hingga sekarang.  Tatabahasa08.08.2010
saya masih keliru tentang penggunaan ramai orang dan banyak orang.boleh tolong bagi contoh ayat bagi kedua-dua frasa ini?Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, seperti ayat "Ramai orang yang datang memeriahkan Karnival Muhibah pada minggu lepas" manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan, seperti ayat "Banyak orang yg telah tercedera dlm kemalangan itu".Tatabahasa10.05.2011
Assalamu'alaikum wbt... Saya wakil Persatuan Sains Kesihatan USM Kampus Kesihatan ingin memohon nasihat dan semakan untuk Visi, Misi dan Moto Persatuan. VISI PSK Menjadi persatuan yang progresif, proaktif dan efektif terhadap pembangunan mahasiswa sains kesihatan yang cemerlang dan berkualiti untuk kesejahteraan masyarakat. MISI PSK PSK bertekad untuk menjadi persatuan yang mampu 1.Memantapkan akademik, intelektual dan pengetahuan mahasiswa bagi membentuk mahasiswa yang cemerlang dan terkehadapan. 2.Memperkasa pembangunan mahasiswa dalam aspek kerohanian, insaniah dan kepimpinan. 3.Memberi komitmen dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sepanjang pengajian. 4.Membantu Pusat Pengajian dalam mewujudkan suasana persekitaran yang baik dan kondusif. 5.Membentuk komuniti mahasiswa sains kesihatan yang muhibah dan bermanfaat kepada masyarakat. MOTOSoalan saudara di luar skop khidmat nasihat yang kami sediakan. Untuk makluman saudara, Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah dan tatabahasa. Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara, bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan, kegiatan sastera kanak-kanak dan remaja, carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti. Lain-lain19.03.2011

Kembali ke atas