Makna AMPUH | Menurut Kamus Dewan, ampuh mempunyai banyak pengertian. Antara makna ampuh ialah bertuah, mujarab, sakti,bah, banjir, lembak, sebak. Namun demikian, penggunannya bergantung kepada konteks ayat yang dibina. | Makna | 20.11.2007 |
pakah takrifan sebenar bagi laman - laman blog masa kini? Perkataan 'ampuh',apakah maksudnya dan bila boleh digunakan? | Istilah blog diterima. Makna perkataan ampuh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah bertuah, mujarab, sakti. Makna laiinya ialah bah, banjir, lembak. Terima kasih. | Lain-lain | 18.04.2008 |
Apakah yang dimaksudkan dan perbeazaannya dengan efisyen dan efektif dalam konteks perniagaan? Adakah sama maksud atau berlainan. Minta lampirkan sekali dengan contoh yang sesuai dalam konteks perniagaan. | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4 efisien bermaksud cekap,( iaitu berkenaan individu, organisasi, mesin dll yang boleh menjalankan tugas tanpa pembaziran waktu atau tenaga). Efektif bermaksud ada kesannya(pengaruhnya), berkesan,mujarab(berkenaan ubat). Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa efektif dan efisien membawa maksud yang berlainan. Contoh penggunaan dalam ayat: i. Sistem penyampaian yang efisien dan efektif dapat memenuhi keperluan pelanggan dan seterusnya memberikan kepuasan kepada mereka. | Makna | 25.07.2007 |
1. bezakan-'terhadap' , 'tentang' dan 'mengenai' 2. sila sertakan contoh yang sesuai | Terhadap - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Tentang - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarab. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh: Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai. | Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia. Muhibah yang bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara. Sekian. | Lain-lain | 13.12.2010 |
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuan | Ayat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan. "Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan." Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pawang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau manteranya);
| Tatabahasa | 14.06.2013 |