Apakah perbezaan penggunaan: 1. sejak - semenjak 2. telah - sudah 3. abstrak - mujarad | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sejak merujuk semenjak, yang bermaksud perkataan semenjak merupakan istilah yang lebih baku. Perkataan telah dan sudah, kedua-duanya sama maksud. Perkataan abstrak dan mujarad membawa maksud yang sama. Abstrak merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, manakala mujarad daripada bahasa Arab. | Istilah | 15.03.2009 |
Tuan yang bijaksana. Dalam buku tatabahasa ada tertulis, kata sendi "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Frasa yang mengikuti kata sendi "tentang" menjadi hal yang diperlakukan. Kata sendi "terhadap" pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu seperti manusia, haiwan, atau benda. Oleh hal yang demikian, adakah penggunaan kata sendi "tentang" dalam ayat di bawah ini salah: 1. Kami sudah menguji orang yang terdahulu daripada mereka. Nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta. | Penggunaan "tentang" dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
tafsiran kita pada sesuatu perkara / tafsiran kita kepada sesuatu perkara | Pada - menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kepada - untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad dan sebagainya. Kedua-dua kata sendi tersebut tidak gramatis untuk frasa tersebut. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265-284. | Tatabahasa | 20.10.2011 |
perbezaan di antara untuk dan kepada | Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad, seperti Ali mengirim surat kepada Ahmad. Kata seni nama untuk digunakan untuk menunjukkan kegunaan sesuatu, seperti Kereta itu untuk kegunaan pejabat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 271 dan 276. | Tatabahasa | 27.12.2011 |
CONTOH BAGI KONSEP YANG ABSTRAK | Konsep yang abstrak ialah tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; | Lain-lain | 07.08.2010 |
Adakah ayat di bawah betul penggunaan perkataan "kepada" 1. Siti sedang memberi makanan kepada ikan. | Betul. Kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad | Tatabahasa | 20.03.2013 |
terangkan perbezaan pengunaan kata 'tentang', 'mengenai' , 'terhadap' | Saudara, Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad.Kata nama atau frasa nama yang mengikutinya menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama tentang boleh bertukar ganti dengan mengenai. Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 02.08.2010 |
TERJAGA DARI ATAU DARIPADA TIDUR ? | Frasa yang betul ialah terjaga daripada tidur kerana kata sendi nama "daripada" digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 269. | Tatabahasa | 06.10.2009 |
apakah perbezaaan antara perkataan tentang dan mengenai | Merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. Selain itu, sebagai makluman saudara juga, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai dan mengenai dengan. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. | Lain-lain | 18.10.2007 |
Berikan jawapan yang betul & berikan sebab... 1. Semua murid menumpukan perhatian _________ ceramah yang disampaikan. A. terhadap B. dengan C. tentang D. untuk | 1. Semua murid menumpukan perhatian ____tentang_____ ceramah yang disampaikan. tentang- digunakan sebagai unsur yang membawa rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. ceramah - unsur mujarad yang dibicarakan. terhadap- digunakan unsur yang membawa rujkan yang melibatkan penyambut terterntu, sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 13.09.2012 |