1. Saya tinggal di mukim Sik. Saya tinggal di Mukim Sik. 2. Ali tinggal di daerah Sik. Ali tinggal di Daerah Sik. 3. Saya dari negeri Kedah. Saya dari Negeri Kedah. Penggunaan nama khas manakah yang betul dan tolong berikan alasannya. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, penggunaan nama khas yang betul adalah seperti yang berikut: 1. mukim Sik 2. daerah Sik 3. negeri Kedah | Lain-lain | 14.02.2011 |
Mana satu antara ejaan berikut yang tepat dalam penggunaan B.Malaysia 1. PERKERJAAN / PEKERJAAN 2. BERKERJA / BEKERJA 3. PERKERJA / PEKERJA 4. Boleh terangkan perbezaan antara penghulu kampung dengan ketua kampung terima kasih | 1. PEKERJAAN 2. BEKERJA 3. PEKERJA 4. Di bawah pentadbiran satu-satu daerah terdapat beberapa buah mukim dan di bawah mukim pula terdapat beberapa buah kampung. Ketua di peringkat mukim ialah Penghulu manakala ketua di peringkat kampung ialah Ketua Kampung. Pegawai Daerah bertanggungjawab menyelaras dan mengawasi segala bentuk pelaksanaan aktiviti serta pentadbiran Penghulu dan Ketua Kampung. | Tatabahasa | 23.04.2014 |
SAYA HARAP DAPAT BALAS SECEPAT MUKIM, DAPAT LULUS MOHOM LESEN IKLAN. SEKIAN TERIMA KASIH. | Sila kemukakan nombor permohonan tuan dan hubungi kami melalui talian 03-21479691/9692/9109 untuk pemprosesan segera iklan tuan. | Lain-lain | 02.06.2015 |
Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim dengan ini Perasmian Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman telah selamat disempurnakan oleh: Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa. BETUL KE AYAT INI? | Cadangan: Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim.. Saya dengan ini.. merasmikan Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman. | Lain-lain | 13.05.2009 |
Minta penjelasan mengenai ejaan sebenar nama mukim Kerteh... KERTEH atau KERTIH | Salam sejahtera, Tuan, Ejaan yang betul ialah KERTEH Sekian. | Lain-lain | 09.08.2017 |
Assalamualaikum. Nama Masjid Kami ialah MASJID AS SYAKIRIN, Mukim Oran, Perlis. Soalan: Apakah ejaan yang betul bagi nama Masjid kami: AS SYAKIRIN atau AS-SYAKIRIN AL SYAKIRIN atau AL-SYAKIRIN tulisan jawinya: مسجد الشاكرين atau ejaan yang lain Terima kasih. | Alaikumussalam, Padanan ejaan nama khas daripada Jawi kepada Rumi ialah mengikut kaedah transliterasi: al-Syakirin | Ejaan | 19.02.2014 |
Ejaan tepat untuk Cabang Tiga. Ianya merupakan nama Mukim yg di dalamnya terdiri drp beberapa kampung. Pohon respons sama ada ia di eja dgn Cabang Tiga atau Chabang Tiga. | Mengikut sistem ejaan rumi bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah "cabang", walau bagaimanapun penamaan (tempat dan sebagainya) yang telah diwartakan sebelum tahun 1972 terkecuali daripada pedoman ejaan tersebut. Oleh itu, kami cadangkan suadara merujuk hal ini kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dengan penamaan tersebut. | Ejaan | 19.08.2011 |
Tuan/Puan, Mohon penjelasan, adakah pengunaan perkataan KE ATAS bagi ayat seperti di bawah adalah betul? Permohonan Sijil Cadangan Pelan Strata Untuk Pecah Bahagi Bangunan Ke Atas Hakmilik PM8659, Lot 101830, Mukim Petaling. Sekian, terima kasih. | Merujuk kepada ayat yang dikemukana, penggunaan yang berul ialah ATAS | Tatabahasa | 08.05.2019 |
Pihak kami (Jabatan Perancang Bandar DBKL) menerima permohonan penamaan bangunan 1 blok kedai / pejabat 8 tingkat (Blok C5) di atas 7 tingkat basemen tempat letak kereta termasuk ruang perniagaan di atas lot PT. 17439, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Nama yang dicadangkan oleh pemaju ialah "PUBLIKA". Diharap pihak DBP dapat memberikan ulasan / maklumbalas mengenai nama bangunan yang dicadangkan. | Tidak ada kata masukan Publika dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mencadangkan penamaan premis menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang secara tidak langsung memperkasakan bahasa kebangsaan di tempat awam. Sila rujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Kedua), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 22.03.2010 |
mohon dapatkan makna PENGURUSAN; kurang efisyen | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, pengurusan bermaksud perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yang dipilih oleh penduduk mukim atau kampung;. Manakala efisien bermaksud berkenaan individu, organisasi, mesin, dan lain-lain yang boleh menjalankan tugas dengan cekap (tanpa pembaziran waktu dan tenaga). | Makna | 29.10.2013 |