Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mulai dari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah terdapat perbezaan antara frasa Sejak kebelakangan ini dengan Sejak belakangan ini ? yang mankah yang betul? berulang-alik atau berulang alik ?

Kebelakangan bermaksud sejak masa-masa yang kemudian ini, akhir-akhir ini.

 Sejak bermaksud bermula dari, mulai, dari.

Kedua-dua kata tersebut mempunyai makna yang berbeza. Ejaan yang betul ialah berulang-alik.   

Makna29.01.2008
Selamat sejahtera, Soalan 1: Apakah perbezaan dalam penggunaan antara perkataan "sejak" dengan perkataan "semenjak"? Soalan 2: "Digantung sekolah" atau "digantung persekolahan", yang mana satu betul? Terima kasih! =)

1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sejak dan semenjak mempunyai maksud yang sama, iaitu bermula dari, mulai, dari. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sejak atau semenjak ialah kata sendi yang membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: Hasnah sentiasa sugul sejak kematian ibunya atau Hasnah sentiasa sugul semenjak kematian ibunya.

2. Digantung sekolah

Tatabahasa16.07.2011
saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'dari'..sebagai contoh, .... telah menetapkan tempat tersebut berkuat kuasa mulai dari 3 mac 2008 atau telah menetapkan tempat tersebut berkuat kuasa mulai 3 mac 2008.. terima kasih..Yang betulnya ialah.....mulai 3 Mac....Tatabahasa21.10.2009
Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita.

1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul?

2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan.

3. Ya.

4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari.

5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~;

jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai;

Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah.

6. Kedua-dua ibu bapa.

7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-...  sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008.

8. Kedua-duanya betul.

9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita.

 

Lain-lain20.12.2008
1. Pelantikan Zhun Kit sebagai ketua kelas di Tingkatan 4PD telah mendapat (persetujuan) daripada semua rakan sekelasnya. Mengapakah (persetujuan) diberi sebagai kesalahan? 2. Apakah bezanya teresak-esak dengan tersedu-sedan? 3. Terdapat guru yang mengajar penggunaan "sejak" tidak boleh diikuti dengan "dari"? Betul? 4. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama. Manakah kesilapan ayat ini? - tidak perlu perkataan "berada" - di dalam kumpulan1. Perkataan persetujuan dalam ayat tersebut adalah tepat dari segi semantiknya. 
2. Teresak-esak sama maksudnya dengan tersedu-sedu. 
3. Sejak bermaksud mulai dari atau dari, oleh itu penggunaan kata dari selepas sejak menjadikan ayat tersebut lewah. Ayat yang lewah bukanlah ayat yang gramatis. 
4. Ayat ini betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.
Tatabahasa13.05.2012
Apakah perbezaan antara mula dan mulai?Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan mulai ialah mula-mula melakukan sesuatu: pada malam Jumaat mulailah dia datang mengintai di situ;  2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku mulai hari Khamis ini.

Mula pula ialah asal, mula asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke mulanya; 2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang mula wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa mulanya dia datang ke mari?
Makna18.02.2013
sebahagian besar daripada pengguna dari negara ini mulai sedar dengan hak mereka dan menyarakannya melalui Persatuan Pengguna. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN AYAT INI? TK MUNSYISebahagian besar daripada pengguna di negara ini mulai sedar tentang hak mereka dan menyuarakannya melalui Persatuan Pengguna.Tatabahasa22.05.2012
Ada perbezaankah antara 'sejak' dengan 'semenjak'? Saya semak dalam kamus dewan lebih kurang sama tetapi soalan objektif PMR meletakkan pilihan sejak dengan semenjak, yang manakah jawapannya?Sejak dan semenjak membawa maksud bermula dari, mulai atau dari. Kedua-duanya membawa pengertian atau maksud yang sama.Tatabahasa24.05.2010
Adakah penggunaan frasa "sejak dari" sesuatu yang lewah? Maksudnya kita hanya perlu menggunakan sama ada "sejak" atau "dari" dan bukannya kedua-dua sekali.Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Tatabahasa16.11.2011
Assalamualaikum, tolong jelaskan perbezaan penggunaan sejak dan semenjak.Sejak dan semenjak membawa maksud bermula dr, mulai atau dari. Kedua-duanya membawa pengertian atau maksud yang sama. Terima kasih. Makna08.10.2008
123

Kembali ke atas