Apakah golongan kata bagi perkataan 'mungkin' dan urutan kata yang manakah yang lebih tepat diantara 'boleh mungkin' dan 'mungkin bolih'? | Mungkin boleh dikategorikan sebagai kata umum dan frasa yang betul ialah "mungkin boleh". | Tatabahasa | 20.01.2009 |
Saya akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Bolehkah saya tanya soalan dalam format PMR? Soalan : Ayat berikut mungkin salah mungkin betul. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. (A)Berguni-guni kampit pasir diletakkan di (B)persisiran pantai untuk menghalang (C)hakisan ombak. (D)Tiada kesalahan. Jawapan yang saya tanda ialah 'D'. Jwapan yang diberi oleh buku latih tubi ini ialah 'B'. Adakah jawapan buku salah. Jika tidak salah,mengapakah perkataan 'persisiran' tidak boleh digunakan? | Jawapan saudara adalah betul kerana tiada kesalahan dalam ayat tersebut. Kata persisiran boleh digunakan untuk merujuk daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai. | Tatabahasa | 15.07.2011 |
Mungkin | Saudara Hadira, Sila kemukakan semula pertanyaan saudara dengan jelas. | Lain-lain | 23.02.2010 |
Mungkin pihak tuan terlepas pandang untuk menjawab soalan saya pada 24 Mac 2009 (lebih sebulan dahulu). Inilah soalannya: Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog? Terima kasih. | Yang paling sesuai ialah: 1. blog 2. penulis blog 3. Menulis dalam blog 4. Kata memblog belum diterima lagi sebagai suatu istilah, frasa yang boleh dibina ialah antaranyamenulis dalam blog, membaca blog dan mengikuti perkembangan blog. | Tatabahasa | 07.05.2009 |
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih. | Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga, banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam. | Lain-lain | 05.05.2010 |
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq | Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari). | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Implikasi yang mungkin jika faktor laras diiabaikan dalam terjemahan | Laras bahasa penting dalam terjemahan untuk menunjukkan bidang yang diterjemahkan, contohnya jika bidang undang-undang ada laras undang-undang dan sebagainya. | Makna | 15.07.2006 |
Saya pernah mendengar bahawa frasa "mungkin barangkali" tidak wajar digunakan secara berturutan dan dianggap lewah. Boleh pihak DBP menjelaskan dengan lebih terperinci? Hal ini demikian kerana saya tidak bertemu jawapan yang tepat apabila membuat pencarian di internet. Contoh ayat: Mungkin barangkali dia akan tiba esok. Terima kasih. | Antara maksud kata 'barangkali' ialah mungkin. Penggunaan yang betul ialah 'Mungkin dia akan tiba esok' atau 'Barangkali dia akan tiba esok'. Penggunaan yang bertururtan menjadikan ayat tersebut tidak gramatis. | Tatabahasa | 10.12.2010 |
Mana mungkin ada orang yang tidak berasa sedih melihat kaumnya masih tetap pada/kepada pendirian lama. | Mana mungkin ada orang yang tidak berasa sedih melihat kaumnya masih tetap pada pendirian lama. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
apakah punca kesilapan semantik dan contoh-contoh kesilapan semantik | Soalan ini mungkin berkaitan dengan kesilapan makna perkataan. Kesilapan makna perkataan mungkin berpunca daripada pemilihan makna bukan dalam bidang yang dipilih. Kajian semantik yang mengkaji tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata wajar dijalankan agar maklumat tentang sesuatu perkataan dapat dijelaskan dengan mudah dan menyeluruh. | Lain-lain | 22.02.2008 |