1.Berikut ialah salah satu daripada soalan ujian sekolah saya;(kategori ayat sama maksud) " Makanan yang dijual murah dan sedap," kata Siti kepada kawannya. A. Siti menjelaskan bahawa dia menjual makanan yang murah dan sedap. B. Siti menyatakan bahawa harga makanan yang dijual murah dan sedap. C. Siti meminta kawannya menjual makanan yang murah dan sedap. D. Siti menyuruh kawannya makan makanan yang murah dan sedap. Apakah jawapan yang betul dan alasannya atau tiada jawapan yang betul. 2. Apakah istilah Bahasa Melayu bagi sesi 'ice breaking' | 1. Jawapan yang betul ialah B. 2. Padanan yang boleh digunakan ialah suai kenal atau orientasi mengikut konteks dan situasi. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
Pakej pelancongan ke Pulau Pangkor yang murah itu telah.... atau Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah... ayat mana yang gramatis? kata berimbuhan peN- yamg membawa makna hasil sesuatu perbuatan ialah a. penanak b.pembajak c. penggali d. penunjuk. jawapan yang mana betul? | Ayat yang gramatis ialah Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah ... . Penanak bermaksud orang yg menanak; atau tukang masak. Pembajak bermaksud orang yang kerjanya membajak. Penggali ialah orang yang kerjanya menggali dan penunjuk memberi maksud alat yang digunakan untuk menunjuk atau orang yang menunjuk. Berdasarkan semua makna yang diberi tidak kata terbitan yang membawa maksud hasil sesuatu perbuatan. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
Salam, benarkah ayat ini 1.Kami akan kunjungi kedai buku yang murah itu. 2.Segala cacian diterimanya dengan sabar. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Kami akan mengunjungi kedai buku yang murah itu" dan ayat kedua betul. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu agar tidak terlepas peluang keemasan kerana jualan murah sedang diadakan. Tuan bagaimana untuk memperkemas ayat di atas? | Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu kerana jualan murah sedang diadakan. Bagi ayat majmuk jangan terlalu panjang, jika perlu bina dua ayat daripadanya. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut: "baik hati" = suka menolong, mudah simpati dan pengasih, "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang, "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia, "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran" = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta. "Kecekalan" = ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati. "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin). "Persaudaraan" = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi. | Istilah | 07.11.2010 |
Soalan: (Sayur-mayur) yang dijual di pasar malam itu (segar-bugar) dan murah (belaka-belaka). Mengapakan penggunaan kata ganda (belaka-belaka) salah? Apakan cara untuk membezakan kata ganda yang betul atau salah? Harap pekerja DBP boleh membantu saya menyelesaikan masalah ini. | Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah Sayur yang dijual di pasar malam itu segar dan murah belaka. | Tatabahasa | 03.04.2013 |
Adakah ayat ini betul? "Buku cerita ini mahal manakala buku cerita itu murah." | Manakala juga bermaksud tetapi, maka ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 11.03.2012 |
Tuan, Adakah ayat-ayat dibawah betul? 1) Tugas polis trafik ialah mengawal lalu lintas. 2) Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas. 3) Pak Abu menjual barangannya dengan menjaja makanan. 4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 2)Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas. 4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah. | Tatabahasa | 20.03.2012 |
1.Adik menyarungkan kasut dekat kakinya lalu keluar dari rumah. 2.Walaupun sudah berusia,namun datuk masih teguh ke hutan mencari akar kayu. 3.Amboi,murah sekali telefon bimbit di kedai ini! 4.Sebaik sahaja kami melalui jalan ini,bangunan itu belum terbakar. 5.Pendapatannya sudah mencecah RM 10 000 sebulan sejak berniaga. 6.Linie yang sedang demam panas itu sering mengacau dengan memanggil-manggil nama ayah. 7.Pokok-pokok yang tumbang itu menahan perjalanan kenderaan. Soalan-soalan tersebut mana salah? | Semua soalan tersebut tidak gramatis, contohnya ayat pertama: penggunaan frasa 'dekat pada kaki' dan 'keluar dari rumah' adalah tidak tepat. Sepatutnya ayat tersebut menjadi: Adik menyarungkan kasut lalu keluar daripada rumah. Untuk soalan kedua hingga ketujuh, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 18.02.2012 |
Apakah kesalahannya? 1) Pengunjung yang ke 1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan cerobohi rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu mengingatkan saya kepada arwah ibu yang saling tak tumpah seiras. 4) Promosi barangan murah oleh pasaraya menarik perhatian. 5) Haji Khalid gemar cerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak. | Ayat yang saudara kemukakan terdapat kesalahan dan telah kami perbetulkan. 1) Pengunjung yang ke-1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan pijak rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu salin tak tumpah arwah ibu dan mengingatkan saya kepadanya. 4) Promosi barangan murah oleh pasar raya menarik perhatian orang ramai. 5) Haji Khalid gemar bercerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak | Tatabahasa | 05.04.2013 |