Salam. ayat mana yang betul a) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut atau b) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut. | a) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut atau b) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut. Tidak ada perbezaan bagi kedua-dua ayat tersebut. | Tatabahasa | 01.04.2012 |
1. Ali mengecat mural pada dinding sekolah. 2. Ali mengecat mural di dinding sekolah. 3. Ali mengecat mural di dinding. Mana satu yang betul? terima kasih | Ayat yang betul ialah no. 1. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
Yang manakah betul? Abu melukis mural yang cantik (di, pada) dinding bangunan sekolah. | Jawapan yang tepat ialah "Abu melukis mural yang cantik pada dinding bangunan sekolah. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275, kata sendi nama "pada" digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja, Contohnya: 1. Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi 2. Tulis nama pada kertas itu. 3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. | Tatabahasa | 07.09.2016 |
apakah jenis ayat dibawah:(ayat tunggal atau ayat majmuk) a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis pada dinding. b)Kin Ho berlari dengan pantas menuju garisan penamat. mohon penjelasan bagi setiap jawapan. | Kedua-dua ayat yang dinyatakan merupakan ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis di dinding. (Ayat majmuk pancangan relatif yang) Ayat pertama : Sanjay sedang mewarna mural. Ayat Kedua : Mural itu dillukis di dinding. Penggunaan kata hubung yang menunjukkan ayat tersebut ayat majmuk pancangan. b) Kin Ho berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat. (Ayat majmuk keterangan cara) Ayat di atas mempunyai ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri dan kedua, adanya kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat kecil iaitu kata hubung dengan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 497 untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
Manakah yang betul? 1. Murid-murid membantu pihak sekolah dalam ( menjaga, penjagaan) kebersihan sekolah. 2. Beberapa orang murid melukis mural ( di / pada ) dinding sekolah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Murid-murid membantu pihak sekolah dalam menjaga kebersihan sekolah. 2. Beberapa orang murid melukis mural pada dinding sekolah. | Tatabahasa | 20.04.2016 |
Apakah kesalahan ayat-ayat yang berikut? 1. Diakah yang melukis mural yang cantik itu? 2. Apatah nasib keluarga Mukhsin. 3. Jika Farid pergi ke Melaka, adiknya pun ingin ikut sama. 4. Duit simpanan saya lagi tinggal RM200. | Ayat pertama dan kedua betul. Berikut ayat yang betul setelah dipinda bagi ayat kedua dan keempat. 1. Apatah nasib keluarga Muksin? 2. Duit simpanan saya tinggal lagi RM200. | Tatabahasa | 10.07.2013 |
perlukan senarai peribahasa dan kata hikmat berkenaan keselamatan , keceriaan dan kebersihan harap dapat berikan senarai yang diperlukan untuk dilukis sebagai mural keselamatan pelajar sekolah terima kasih | Sila kunjungi perpustakaan yang berdekatan. Buku peribahasa yang boleh dijadikan rujukan ialah Kamus Istimewa Peribahasa terbitan DBP. | Lain-lain | 09.02.2010 |