Adakah sesuai jika saya terjemah skeletal muscle deconditioning sebagai penurunan kecergasan otot skeletal | Skeletal muscle deconditioning boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai penurunan kecergasan otot rangka. | Makna | 17.07.2023 |
Salam. Bolehkah saya tahu istilah terjemahan paling sesuai bagi muscle fibre? Saya keliru dengan penggunaan serat atau gentian dalam menerangkan perihal otot. Terima kasih. | Berdasarkan istilah perubatan, kedua-dua istilah, iaitu serat otot dan gentian otot adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 11.07.2013 |
Bolehkah saya dapatkan cadangan terjemahan yang betul untuk istilah "Crispy Formed Whole Muscle". Terima kasih. | Mohon berikan cadangan perkataan yang ingin diterjemahakan dalam bentuk ayat serta konsep yang digunakan, agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat. | Makna | 02.05.2023 |
Padanan perkataan atau istilah seperti yang berikut telah ditukar: Meat or fresh meat 141. (1) Meat or fresh meat shall be the edible part of the skeletal muscle of an animal, other than fish, that is normally used for human consumption and that was healthy at the time of slaughter. It may contain accompanying and overlying fat together with portions of bone, skin, sinew, nerve and blood vessels that normally accompany the muscle tissue and are not separated from it in the process of dressing. It may be accompanied by edible organs. Daging atau daging segar 141. (1) Daging atau daging segar hendaklah bahagian boleh makan daripada otot rangka sesuatu binatang, selain ikan, yang biasanya digunakan untuk makanan manusia dan yang sihat pada masa penyembelihannya. Ia boleh mengandungi lemak yang ada bersamanya dan melapisinya bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan. Adakah padanan yang digunakan adalah bersesuaian bagi accompanying, sinew, nerve, dressing dan edible organ? | Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: accompanying - sertaan sinew - sinew; tendon nerve - saraf dressing - pelapahan edible organ - organ boleh dimakan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 05.06.2021 |
Melalui jawapan yang diberikan oleh pihak tuan, padanan bagi perkataan “overlaying” ialah “sertaan” dan perkataan “overlaying fat” menjadi “lemak sertaan”. Walau bagaimanapun, perkataan selepasnya pula ialah “overlaying” ialah “melapisinya’’. Adakah perkataan “overlaying fat” boleh ditukarkan kepada “lemak lapisan”? “It may contain accompanying and overlying fat together with portions of bone, skin, sinew, nerve and blood vessels that normally accompany the muscle tissue and are not separated from it in the process of dressing. It may be accompanied by edible organs.”. “Ia boleh mengandungi lemak sertaan dan lapisan bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan. Kami juga ingin mencadangkan peruntukan di atas dipadankan seperti yang berikut: “Ia boleh mengandungi lemak yang ada bersamanya dan melapisinya bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan.”. Adakah cadangan kami ini boleh digunakan terutamanya bagi padanan “accompanying and overlaying fat” tersebut. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: accompanying and overlaying fat - lemak sertaan dan lapisan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 22.06.2021 |