Assalamualaikum, Apabila saya merujuk kamus, perkataan 'mendaya' didefiniskan seperti berikut: mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: Adakah maksud lain daripada definisi tersebut bagi perkataan 'mendaya?' | Saudara, Perkataan "mendaya" ialah padanan bagi kata dalam bahasa Inggeris "intrigue" yang membawa maksud menarik minat, membuat [sso] berminat: the idea ~d him, gagasan itu menarik minatnya; Untuk keterangan lanjut, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam laman sesawang DBP. | Makna | 23.10.2010 |
maksud bagi Bual Bicara? | Kalau dilihat dari sudut kata, bual bermaksud: borak. Manakala bicara pula bermaksud: pendapat, fikiran, akal budi, muslihat dll. Frasa 'bual bicara' pula membawa maksud: perbincangan mengenai sesuatu pendapat atau buah fikiran. | Makna | 23.04.2009 |
Apakah yang dimaksudkan kata ganda semu? Contoh? | Tuan, Merujuk Kamus Dewan perkataan semu: bukan yg sebenarnya, tidak sesungguhnya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu. | Makna | 01.05.2009 |
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina. Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. | Istilah | 15.01.2010 |
Salam sejahtera tuan. Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan yang terdapat dalam lampiran fail? Maklum balas tuan amat dihargai. | Peribahasa carik-carik bulu ayam bermaksud perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. Jawapan yang paling hamper dengan soalan yang diberi ialah C. Lihat di bawah. Peribahasa di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya tidak... A. mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang B. membuat tipu muslihat untuk menjatuhkan seseorang C. mencampuri urusan keluarga seseorang D. melakukan perbuatan yang dapat menyalahi hukum alam dan agama | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Salam sejahtera, saya menghadapi kekeliruan dalam penggunaan kata pameri. Menurut Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata pameri "ialah" digunakan di hadapan frasa nama atau digunakan apabila pemerihalan itu dilakukan secara persamaan antara subjek dengan predikat manakala "adalah" digunakan di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif atau apabila pemerihalan dilakukan secara huraian tentang subjek oleh predikat. Sekiranya sesuatu predikat itu ialah frasa nama, tetapi pada masa yang sama, predikat itu berfungsi untuk menghuraikan subjek, kata pameri yang mana satu harus dipakai? Contohnya, "Wang (ialah/adalah) punca segala kejahatan." Dalam ayat ini, predikat "punca segala kejahatan" ialah frasa nama, jadi sepatutnya kata pameri "ialah" digunakan. Namun demikian, pada masa yang sama, predikat ayat, yakni "punca segala kejahatan" berfungsi untuk menghuraikan subjek, yakni wang. Sekiranya predikat itu berfungsi untuk menghuraikan subjek, maka kata pameri "adalah" perlu digunakan. Dalam konteks sedemikian, kelas kata predikat diutamakan atau fungsi kata pameri, yakni sebagai pameri hal antara subjek dengan predikat diutamakan? Dua contoh ayat yang ialah "Pembelian yang lain (ialah/adalah) keinginan." dan "Perbuatan ini (ialah/adalah) muslihat musuh. Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Seperti yang dimaklumi ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemerri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Berdasarkan contoh ayat yang diberi penggunaan ialah atau adalah betul, selain menunjukkan menunjukkan persamaan dan huraian ayat tersebut juga menunjukkan unsur penegasan. | Tatabahasa | 10.06.2010 |