mengapakah di dalam kamus dewan edisi keempat ,perkataan ' Siaratul' dan 'mustakim' dieja dekat?.. manakah yang betul ejaan 'siratul' dan 'mustakim'? adakah dipisahkan atau didekatkan? kerana khidmat pihak tuan menjawab soalan saya dan memberikan perkata 'siratul' dan 'mustakim' dieja pisah..sangat berbeza dengan kamus dewan.. arap tuan dapat selesaikannya. | Ejaan yang betul ialah siratulmustakim, iaitu frasa daripada bahasa Arab yang bermaksud jalan yang lurus. Walau bagaimanpun dalam bentuk patah perkataan ejaan sirat dan mustakim juga betul, sirat bermaksud jalan atau titian, manakala mustakim bermaksud lurus. | Ejaan | 28.03.2012 |
JIKA PENGETUA SEKOLAH SEORANG PEREMPUAN, DI DALAM MAJLIS RASMI ADAKAH KITA MENYEBUT "YANG BERUSAHA "TUAN" PENGETUA SMK. PEKAN II KOTA BELUD, PN. LATIFAH HJ. MUSTAKIM..." ATAU "YANG BERUSAHA "PUAN" PENGETUAN SMK. PEKAN II KOTA BELUD..."? KELIRU ANTARA PUAN DAN TUAN, UNTUK DALAM UCAPAN MAJLIS RASMI. TERIMA KASIH. | Jika Pengetua yang dimaksudkan itu adalah seorang perempuan, yang disarankan ialah Puan Pengetua. Bagaimanapun, jika Pengetua itu tidak diketahui jantina, sama ada perempuan atau lelaki, yang dicadangkan ialah tuan pengetua. Harap maklum. | Tatabahasa | 29.10.2007 |
1. Adakah ayat ni betul 'ke hentian bas'? 2. Adakah ayat in betul ' Selesai memandikan arwah saya pandang jam.' 3.Dapat di terimakah perkataan 'Dek kerana itu' 4. adalah perkataan ini betul ' titianSiratul Mustaqim'? | 1. Ayat itu betul. 2. Ayat tersebut tidak gramatis. 3. Dek bermaksud kerana, frasa deka kerana itu tidak gramatis penggunaannya. 4. Frasa 'siratal mustakim' bermaksud jalan yang lurus, penggunaannya harus sesuai dengan konteks maknanya. | Tatabahasa | 20.03.2012 |