| Salam, orang-orang musyrik atau orang-orang musyrikin? TK | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1506, perkataan musyrik bermaksud orang yang menyekutukan Allah, baik dengan keyakinan, ucapan ataupun perbuatan. Musyrikin pula merujuk orang-orang yang musyrik. Walau bagaimanapun, perkataan orang boleh diletakkan di hadapan perkataan musyrik atau musyrikin bergantung pada kesesuaian konteks dan penggunaan dalam ayat. | Makna | 22.09.2024 |
| Mohon semakan ejaan; 1. musyrikin, (am atau khas?) 2. Seperti contoh di atas atau diatas 3. Pada hari akhirat Atau di hari... 4. Terima kasih di atas usaha tersebut. ( betul atau salah) | 1. Musyrikin (kata nama khas) 2. Seperti contoh di atas. 3. Pada hari akhirat 4. Terima kasih diucapkan atas usaha tersebut. | Lain-lain | 05.06.2021 |
| Adakah perkataan musyrikin, munafik merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar? | Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata namakhas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khasialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, Musyrikin dan lain-lain. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, munafik dan lain-lain. | Tatabahasa | 04.10.2017 |
| Musyrik atau musyrik? Muslim? muslim? Musyrikin ?Kata nama am atau khas? | Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, Musyrik, Musyrikin, Muslim dan lain-lain. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, munafik dan lain-lain.
| Tatabahasa | 18.11.2020 |