Adakah penggunaan mutakhir dalam ayat berikut tepat. Mutakhir, budaya merokok semakin berleluasa dalam kalangan remaja. mutakhir = akhir-akhir ini. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mutakhir ditakrifkan sebagai terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. Daripada takrifan tersebut, penggunaan perkataan mutakhir dalam ayat boleh digunakan. | Makna | 23.04.2014 |
Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin. Apa makna perkataan mantra. | Dalam istilah puisi mantra sama dengan mantera iaitu kata atau ayat yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib. | Makna | 25.10.2009 |
pada zaman mutakhir ini betul ke? atau muktahir ini? atau muktahir ? Penggunaan 'marcapada ini' betul ke? atau cuma letak 'Marcapada' je? | Encik Yu, Maksud mutakhir ialah terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. Oleh itu frasa yang betul ialah 'pada zaman mutakhir ini' atau ' mutakhir ini'. Makna 'marcapada' ialah dunia sekarang ini: orang Muk-min yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya. Oleh itu, perkataan 'marcapada' sudah memadai. | Tatabahasa | 18.05.2010 |
Tuan, Penggunaan "mutakhir ini" dalam ayat di bawah adalah betul atau salah? 1. Mutakhir ini, masalah kesesakan jalan raya semakin serius. Terima kasih | Betul tuan. | Tatabahasa | 22.02.2017 |
Tuan, Adakah ayat di bawah betul atau salah? 1. Kebelakangan ini, kemalangan jalan raya semakin serius. 2. Belakangan ini, kemalangan jalan raya semakin serius. 3. Mutakhir, kemalangan jalan raya semakin serius. 4. Mutakhir ini, kemalangan jalan raya semakin serius. Terima kasih. | Ayat pertama, kedua dan keempat adalah betul. | Tatabahasa | 19.06.2017 |
Mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Dalam Nahu Melayu Mutakhir pula menyenaraikan 6 alomorf termasuk menge- dan meny-. | Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk kepada penyusun Tatabahasa Dewan terlebih dahulu. Apabila merujuk buku Tatabahasa Dewan alomorf meny- wujud di bawah alomorf me-, iaitu bagi kata dasar yang bermula dengan huruf s. Manakala alomorf menge- wujud di bawah alomorf meng-, iaitu bagi perkataan yang mempunyai eka suku kata. Berkemungkinana dalam hal ini penyusun buku Tatabahasa Dewan tidak sependapat dengan penulis buku Nahu Mutakhir. | Tatabahasa | 14.10.2012 |
brehing news | cadangan - berita tergempar/ berita mutakhir | Istilah | 15.11.2008 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai buku Nahu Melayu Mutakhir yang ditulis oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Adakah buku ini ada jual oleh mana-mana cawangan DBP? | Untuk memastikan hal tersebut, sila hubungi DBP Cawangan yang berhampiran di kawasan saudara melalui talian 04-5377 241/242. | Lain-lain | 28.10.2011 |
Dalam penterjemahan, bagi sesebuah istilah, rujukan apakah yang lebih mutakhir untuk digunakan? Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Pelajar, Kamus Inggeris-Melayu, Istilah MABBIM, atau Istilah Malaysia? | Setiap rujukan digunakan mengikut bidang tertentu. Dalam hal penggunaan kata, rujukan terbaik ialah Kamus Pelajar kerana Kamus Pelajar disasarkan untuk kegunaan pelajar dalam pembelajaran mereka. Berbeza dengan Kamus Dewan yang merakamkan pelbagai bentuk kata yang ada dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, jika merujuk Kamus Dewan, harus melihat label yang digunakan dan perkataan yang mempunyai label bp (bahasa Percakapan) tidak digunakan dalam konteks rasmi. Walau bagaimanapun jika hendak melihat makna kata, tuan boleh merujuk Kamus Dewan kerana kamus ini mempunyai entri yang lebih banyak daripada Kamus Pelajar. Dalam hal peristilahan pula, rujukan Istilah Malaysia lebih utama kerana disesuaikan konteks penggunaan tempatan. | Lain-lain | 01.10.2015 |
bagaimanakah membezakan penggunaan dan & serta? | Merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima (Asmah Hj Omar), perkataan serta mendukung makna "dan pada waktu itu". Di sini kita lihat bahawa serta mempunyai kompenan makna +dan, +waktu. Jadi, kata depan ini mempunyai persamaan dengan dan dalam erti kata salah satu kompenan maknanya ialah +dan, tetapi berbeza dengan dan kerana dan tidak mempunyai kompenan +waktu. Contoh: Dia memberi salam serta menjemput kami masuk. | Tatabahasa | 08.03.2013 |