A'kum.Saya nak tanya hukum D-M, kata mutiara atau mutiara kata.t.kasih | Yang betulnya ialah mutiara kata. | Tatabahasa | 09.08.2010 |
Saya sudah biasa menggunakan ungkapan “mutiara kata”. Tajuk buku “Mutiara Kata Sasterawan Negara” terbitan DBP menunjukkan penggunaan ungkapan itu sudah mantap. Saya mendapati “mutiara kata” ialah istilah Malaysia dan Brunei bagi apothegm. Namun, saya menjadi serba salah apabila ada rakan ahli bahasa di Malaysia cuba mempopularkan ungkapan “kata mutiara”, iaitu istilah yang diterima di Indonesia. Apakah nasihat pihak KNDBP kepada saya? | Berdasarkan aturan Hukum D - M dan beranalogikan ungkapan "kata hikmat", maka ungkapan "kata mutiara" adalah yang paling tepat. Walau bagaimanpun ungkapan "mutiara kata" juga boleh digunakan dan penggunaan ini telah mantap dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
Merujuk latihan dalam buku teks tahun 6 muka surat 125, yang mana betul penghawa dingin atau pendingin hawa, kata mutiara atau mutiara kata. Dalam buku panduan guru jawapan yang diberi penghawa dingin dan kata mutiara. Saya mohon penjelasan lanjut kerana agak keliru dengan jawapan yang diberi. | Selamat petang, 1.Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa atau penghawa dingin ialah istilah lama. 2.Istilah yang betul ialah mutiara kata. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 27.06.2012 |
penggunaan mutiara kata atau kata mutiara yang betul. | Ungkapan yang tepat ialah mutiara kata. | Lain-lain | 26.07.2010 |
1. mutiara kata atau kata mutiara kata 2. pendingin hawa atau penghawa dingin 3. uji pandu atau pandu uji | 1. mutiara kata 2. Istilah yang betul ialah penyaman udara bukan pendingin hawa. 3. pandu uji | Istilah | 12.05.2011 |
Mutiara kata atau Kata Mutiara. Mana satu yang betul. Pendingin hawa atau penghawa dingin adakah kedua-duanya boleh digunakan selain penyaman udara. | Perkataan yang betul ialah "Mutiara Kata" dan "penyaman udara" atau "pendingin hawa". | Tatabahasa | 16.06.2011 |
yang mana lebih tepat penggunaannya antara 'mutiara kata' dan 'kata mutiara'. | Ungkapan yang tepat ialah mutiara kata. | Istilah | 11.07.2009 |
1. mutiara kata atau kata mutiara? 2. hikmah kata atau kata hikmah ? 3. pembuka kata atau kata pembuka? 4. madah kata atau kata madah ? | Perkataan yang betul ialah 1. mutiara kata 2. kata hikmah 3. pembuka kata 4. madah | Ejaan | 01.02.2012 |
Apakah contoh mutiara kata bersama maksud dan penerangan secara terperinci? | Contoh mutiara kata "Takkan Melayu hilang di dunia" dan banyak lagi mutiara kita boleh dirujuk dalam buku Mutiara Kata Sasterawan Negara (terbitan DBP), terima kasih. | Makna | 18.01.2009 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. (i) Yang manakah frasa yang tepat, 'mutiara kata' atau 'kata mutiara'? (ii) Bagaimanakah cara penyebutan nama tempat (negara asing) seperti London menggunakan sebutan baku? Adakah disebut sebagaimana yang dieja atau disebut menggunakan sebutan bahasa asal? TERIMA KASIH. | 1. Mutiara Kata 2. Nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina. | Tatabahasa | 02.07.2013 |