apakah terjemahan untuk Pitching (bidang muzik).terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah "pitching" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "pitch" dalam bidang muzik yang padanan bahasa Melayunya ialah pic. Maksud pic dalam Kamus Seni Muzik ialah: not muzik yang boleh dikaitkan dengan simbol not muzik secara bertulis atau bunyi not muzik. | Istilah | 10.10.2013 |
Adakah betul ungkapan tajuk dibawah? : PERTANDINGAN PERMAINAN ALAT MUZIK TRADISIONAL atau ia sepatutnya di tulis PERTANDINGAN MUZIK TRADISIONAL? Kami akan menganjurkan pertandingan muzik tradisional di mana peserta perlu menunjukan bakat memainkan alat muzik tradisional secara berkumpulan. | Tajuk yang sesuai ialah "Pertandingan Permainan Alat Muzik Tradisional". | Tatabahasa | 20.05.2013 |
Salam . kami ingin mendapatkan istilah yang bersesuaian bagi menggantikan nama bagi jawatan, PEGAWAI KEBUDAYAAN dan AHLI MUZIK. pihak kami ada mencadangkan perubahan nama iaitu, Karyawan Muzik untuk AHLI MUZIK dan Koordinator/ Penyelaras Kesenian untuk PEGAWAI KEBUDAYAAN. terima kasih atas perhatian dan tindakan pihak tuan. | Istilah Karyawan Muzik dan Koordinator/Penyelaras Kesenian tidak ada dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Dewan, karyawan bermaksud penghasil karya atau pencipta. Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan dan kehalusan. Seni bermaksud 1. karya (sajak, lukisan, muzik,dll) yang dicipta dengan bakat(kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. 2. keboleh mencipta sesuatu (lukisan), ukiran , dll) yang indah-indah. Huraian yang diberikan diharap dapat membantu untuk menentukan sama ada nama jawatan yang diberikan bersesuaian atau tidak. | Istilah | 18.02.2011 |
Apakah definisi muzik secara menyeluruh? | Muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan; bunyi-bunyian. | Makna | 19.02.2008 |
saya hendak mengetahui definisi muzik melayu. | Menurut Kamus Dewan, muzik ialah gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Melayu pula nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia). Justeru, muzik Melayu dikaitkan dengan gubahan bunyi atau bentuk irama indah yang lazimnya dikaitkan dengan kesenian orang Melayu. Bagi membantu, saudara juga boleh menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia berkaitan dengan pengertian terperinci muzik Melayu. | Lain-lain | 05.03.2007 |
Salam sejahtera. Saya adalah seorang guru muzik pernah menulis beberapa buku muzik sebelum ini yang telah diterbitkan oleh beberapa penerbit swasta dan universiti tempatan. Pada 11 September 2007 saya telah menubuhkan Syarikat TABUH EMAS (pemilik bersama isteri saya / kerana saya seorang pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat). Kini syarikat TABUH EMAS telah menerbitkan sebuah buku berjudul "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 1" ISBN 978-783-43662-0-9 dan sedang dalam proses akhir percetakan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 2" ISBN 978-983-43662-1-6. Kerja-kerja persediaan penulisan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 3" telah dimulakan dan dijangka diterbitkan pada penghujung 2009 ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai DANA INDUSTRI BUKU yang dikatakan hanya digunakan RM3J daripada RM10J yang telah diperuntukkan. Adakah kami layak untuk memohon dana tersebut dan bagaimanakah caranya. Saya telah pun menulis surat kepada Ususetia Dana mengenai perkara ini. Terima kasih MASTOR HJ JARKASEH Tabuh Emas (IP-0265571-U) No.53 Jalan Teratai Taman Serendah Sabak Bernam 45200 Selangor | Sila daftar dengan Kementerian Kewangan terlebih dahulu iaitu dibawah kod bidang 010100 dibawah bahan bacaan kemudian memohon untuk mendapatkan dana. | Lain-lain | 24.04.2009 |
Maksud Interprestasi Muzik | Perkataan interprestasi tidak adala dalam pangkalan data kami, yang ada ialah interpretasi. Frasa interpretasi muzik bermaksud tafsiran atau penjelasan tentang makna, tujuan, implikasi dan sebagainya tentang muzik. | Makna | 25.10.2011 |
Istilah bidang muzik - Swing Era. Bolehkah perkataan "swing" dikekalkan dengan dieja condong? | Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Jika kita mengambil jalan mudah memang boleh digunakan tanda buka dan tutup pengikat kata. tetapi jika ada perkataan yang lebih sesuai contohnya rentak ,ayunan, lambaian dan sebagainya (jika sesuai ) gunakanlah bahasa Melayu kita. | Makna | 20.10.2009 |
CHORD (SENI MUZIK) | KORD RUJUKAN KAMUS SENI MUZIK (2009) | Istilah | 28.02.2011 |
Komen dan Catatan Kepada Pembekal 1)Pastikan boleh pakai muzik "tema Pink Panther" sebagai muzik efek...ada halangan copyright ke?sila semak. 2)Semak perkataan 'Loklaq"-(Rujuk DBP) | Ejaan yang betul ialah Loklak | Ejaan | 04.10.2011 |