Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'Nabi', jika Nabi Muhammad, Nabi Nuh, menggunakan huruf besar untuk perkataan Nabi. Bagaimana pula jika 'nabi' sahaja, nabi atau Nabi (penggunaan dalam ayat). | Waalaikumsalam, Jika perkataan "nabi" sahaja, penggunaan dalam ayat ialah huruf kecil. | Tatabahasa | 12.12.2014 |
Saya ingin melakukan sedikit pencerahan dalam kamus dewan edisi keempat berkenaan perkataan 'sahabat'. Maksud yang dibawa bersama adalah pengikut. Contoh yang dibawakan adalah "pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi" iaitu sahabat nabi pengikut nabi. Setakat pengetahuan cetek saya, kita pada hari ini walaupun pengikut nabi Muhammad S.A.W bagaimanapun bukanlah dikategorikan sebagai sahabat nabi. Hal ini kerana pendefinisian sahabat nabi daripada sebahagian ulama' adalah berlainan. Antaranya sebagaimana yang didefinisika oleh Ibnu Hajar al-Asqalani : الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim. Sumber : Al-hafiz Ibn Hajar Nukhbat al-Fikar, Beirut : Dar al-Ihya, jil 1, hal. 230. Al_-Suyuti, Tadrib al-Rawi, aktabah Ruyad al-Haadisah, jil. 2, hal. 209. Sebagai konklusi, saya merasakan perlu ada dalam entri 'sahabat' khusus bagi mendifinisikan sahabat nabi seperti 'sahabat nabi' sebagai ~ ialah mereka yang sempat bertemu dengan nabi ,beriman dan mati dalam keadaan Islam. Sekian. Terima kasih | Untuk makluman tuan, Kamus Dewan hanya mencatatkan makna secara umum bagi sahabat dalam konteks sahabat nabi. Dalam konteks yang tersebut sahabat nabi dianggap sebagai pengikut atau murid nabi dan secara literalnya pastilah mereka yang pernah bertemu dengan nabi. Walau bagaimanapun, kami ambil maklum pandangan tuan dan mengemukakannya kepada Bahagian Perkamusan untuk penambahbaikan maklumat perkamusan. | Lain-lain | 24.02.2017 |
Assalamualaikum dan selamat pagi, saya nak tanya ini ke ejaan nama yang betul seperti yang tertera dibawah. Terima kasih. | Ejaan yang betul bagi nama-nama nabi mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua ialah Nabi Yaakub, Nabi Syu'ib, Nabi Sulaiman, Nabi Saleh, Nabi Ayub (sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua dari muka surat 1878 dan 1879 untuk ejaan yang betul bagi 25 nama nabi) | Ejaan | 02.08.2019 |
Seorang nabi atau Seorang Nabi? | Seorang nabi. | Ejaan | 23.09.2011 |
salam 1 Malaysia. Saya ingin membuat pertanyaan tentang penggunaan noktah bagi perkataan berikut di hujung ayat. Contoh ayatnya. ayat 1: Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s. atau ayat 2: Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s.. noktah di belakang a.s. perlu diletakkan satu atau dua bagi hujung ayat. Ayat 1 atau 2 mana satu yang betul. | Dua tanda noktah perlu dibubuh dalam keadaan yang tersebut, noktah pertama bagi singkatan dan noktah kedua bagi penutup. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
Allah swt atau Allah SWT ? Nabi Muhammad saw atau Nabi Muhammad SAW ? | Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. | Ejaan | 06.02.2010 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca. Ayat dengan tanda baca yang manakah paling tepat? Jika salah, apakah alasannya? Wahai nabi Allah, berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan. Wahai Nabi Allah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan. Wahai nabi Allah, berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan! P/s: Nabi yang dimaksudkan ialah Nabi Musa Terima kasih. | Penggunaan tanda baca yang betul ialah: Wahai nabi Allah, berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan! | Tatabahasa | 20.02.2020 |
Mohon penjelasan: 1. Apakah ganti nama yang sesuai untuk para nabi selain daripada Nabi Muhammad SAW? Adakah menggunakan kata ganti nama "baginda" juga? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, baginda merupakan kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul.Selain Nabi Muhammad SAW, baginda digunakan seperti di atas sahaja. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
manakah yang betul dan manakah yang salah: - 'para pendidik' - 'para-para pendidik' - 'para nabi' - 'para-para nabi' - 'para anbiyak' - 'para-para anbiyak'? sila nyatakan sebabnya sekali. sekian terima kasih. | Yang betul: para pendidik,para nabi,para anbiyak. Kata para merupakan kata penunjuk jamak dan tidak perlu diulang penggunaannya. | Tatabahasa | 13.05.2008 |
1. Benarkah ganti nama 'ia' digunakan utk binatang/benda sahaja? 2. Untuk perkataan 'nabi Muhammad', perlukah perkataan 'nabi' ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil. | 1. Kata ganti nama 'ia' digunakan untuk orang dan benda/perkara yang dibicarakan; tetapi tidak untuk binatang. 2. Ejaan yang betul ialah 'Nabi Muhammad SAW'. | Tatabahasa | 17.12.2010 |